Team Building CICT

Pada 28 Oktober 2018 telah di adakan program Team Building staf CICT JB dan KL. Semua staf CICT termasuk staf yang berada di PTJ luar juga dijemput termasuk saya. Di bawah adalah aturcara program..

Pukul 8.15 pagi telah di adakan acara senamrobik yang begitu menyeronokkan..Tuan Syed Radzuan telah dilantik sebagai coach untuk senamrobik. Terasa kaku pulak bila menari..maluuuu..Cuba tengok gelagak masing-masing.

Pada pukul 9.00 pagi pula kami terus beraksi dalam acara outdoor games..penyampaian yang berkesan..permainan mudah sahaja tetapi tengok la hasil nya..Dalam permainan ini, peserta tidak boleh bercakap hanya boleh melukis dan sampaikan kepada partner depan..sehingga la orang terakhir. Objek yang kami dapat adalah troli..tetapi bila sampai ke peserta akhir …lukisan yang akhir dibuat adalah rumah..masing-masing gelak kan..skill melukis semua kelaut..tapi rugi pulak takde simpan gambar lukisan terakhir tu..mak dan bapak orang melukis..

Banyak acara jugak..tapi saya tulis yang acara-acara menarik sahaja serprti acara Misi Berdaulat. Permainan ini adalah bagi menjaga kerahsiaan. Seorang raja telah dilantik dan diamanahkan untuk menjaga sebuah negeri dengan urusetia memberi beberapa jenis barangan. Setiap negeri yang ada telah diberi barangan yang sama. Raja perlu menentukan barang apa yang akan di kumpul. So dalam proses pengumpulan barang tersebut, raja atau rakyat jelata dikehendaki membuat pertukaran ke negeri-negeri lain. Mana-mana kumpulan yang telah dapat mengumpul barang yang sama di kira menang. Peraturan permainan ini peserta tidak boleh bercakap, hanya guna isyarat sahaja. Sesiapa yang didapati bersalah akan dimasukkan ke penjara dan menjalani upacara mahkamah. Acara yang paling kelakar adalah semasa proses dibicarakan..ahli kumpulan saya seramai 2 orang telah ditangkap. Kesimpulan yang saya dapat dari aktiviti ini adalah bagaimana nak menjaga amanah, bagaimana kesesuaian untuk menjaga amanah bagi mencapai matlamat satu negara. Perlu ada sifat tolak ansur dan jangan ada hasad dengki. Kalau ada hasad dengki segala visi dan misi yang ditetapkan tidak akan tercapai.

Program berakhir pada 1 tengah hari , walaubagaimanapun kami semua enjoy team building ini.  Saya sertakan juga gambar2 sepanjang program ini untuk rujukan.