Research Support Group Initiative 1.11.2017

Julung kalinya Panel Psikologi Pendidikan telah mengadakan Research Support Group Initiative bagi tujuan memberi pendedahan kepada pelajar terhadap pelaksanaan penyelidikan dalam bidang sains sosial serta meningkatkan motivasi pelajar dalam menjalankan kajian dengan kaedah yang tepat.

Program ini telah berlangsung di Bilik Student Centered Learning (SCL), Fakulti Pendidikan, UTM Johor Bahru yang melibatkan seramai 25 orang pelajar Master dan PhD.

Program kali ini menekankan kepada Penyediaan Kertas Cadangan (Proposal) Kajian dan Pendekatan Mengenal pasti Jurang Kajian.

Program ini akan dijalankan setiap hari Rabu pada setiap minggu jam 2.30 petang.

JOM SERTAI KAMI!!!