Kursus Web @ People UTM

 

Hari ni, sekali lagi Hanie menghadiri Kursus Web @ People UTM, namun, website Hanie masih begini. Sepi, tiada sebarang update terbaru. Sedih kan. Hanie dah semakin kurang minat menulis, tidak seperti dulu. Semoga dipermudahkan untuk Hanie terus menulis dan bersemangat untuk menulis.

Kursus hari ini bertempat di Studio Komputer Seni Bina, Aras 1, Blok 11, UTM Johor Bahru. Kursus separuh hari dikendalikan oleh Ir. Ts. Dr. Zaki Yamani Zakaria.