Kursus Web @ People UTM

 

Hari ni, sekali lagi Hanie menghadiri Kursus Web @ People UTM, namun, website Hanie masih begini. Sepi, tiada sebarang update terbaru. Sedih kan. Hanie dah semakin kurang minat menulis, tidak seperti dulu. Semoga dipermudahkan untuk Hanie terus menulis dan bersemangat untuk menulis.

Kursus hari ini bertempat di Studio Komputer Seni Bina, Aras 1, Blok 11, UTM Johor Bahru. Kursus separuh hari dikendalikan oleh Ir. Ts. Dr. Zaki Yamani Zakaria.

Kursus Pembangunan Laman Web

Opss.. Hampir terlupa tentang kewujudan blog ni. Sampailah terima emel untuk hadiri Kursus Pembangunan Laman Web yang dianjurkan oleh Pejabat Hal Ehwal Korporat, UTM. So.. dah pandai untuk update blog.. Hopefully tangan ni juga rajin menjenguk dan menulis di blog ini..

Kursus ini dihadiri oleh ramai juga staf dan juga staf Akademik SC. Tapi ramai juga yang Hanie tak kenal. Masakan sempat berkenalan, semua orang pun sedang sibuk belajar membangunkan laman web sendiri.. Aktiviti yang menyeronokkan apatah lagi kepada sesiapa yang suka menulis.

Website yang diberikan oleh UTM ini khusus kepada semua staf UTM adalah free. Tak perlu bayar.. Wow… best kan.. so, apa lagi… Semua staf UTM.. Jom bangunkan laman web sendiri…

Weehuuuu….