JEMPUTAN KE COUNSEL WEBINAR : APA KHABAR KAWAN? (SIRI 4) “GENERASI MILENIUM & KECELARUAN GENDER: APA YANG PERLU ANDA TAHU?”

Perkara di atas dirujuk dengan hormatnya.  

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UTM (OSHE), Jawatankuasa 3S (Sihat, Selamat dan Sejahtera) dan Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar UTM akan menganjurkan program FIESTA MAYA 3S (Sihat, Selamat & Sejahtera) UTM 2020 mulai 9 hingga 12 November 2020. Seiringan dengan itu, pihak Pusat Kaunseling UTM Kuala Lumpur dengan kerjasama Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar UTM akan melaksanakan program seperti di atas. Sehubungan dengan itu, saudara adalah dijemput untuk melawati Facebook (FB) UTM Talent Transformation Centre bagi menonton butiran program dibawah:-  

FIESTA MAYA 3S
(SIHAT, SELAMAT & SEJAHTERA) UTM 2020

Tajuk : Counsel Webinar: Apa Khabar Kawan (Siri 4)
“Generasi Milenium & Kecelaruan Gender: Apa Yang Perlu Anda Tahu?”
Tarikh : 11 November 2020 (Rabu)
Masa : 2:30 – 4:00 petang
Penceramah : Tn. Hj. Norazman Bin Amat, 
Ketua Jabatan Kaunseling dan Infrastruktur Khas,
Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (PBMaINs)
Facebook Live : https://www.facebook.com/UTMTTC atau https://www.facebook.com/osheactivities

MAKLUMAN:

* Staf UTM yang menonton FB Live ini akan direkodkan mata CPD dalam Sistem UTMSMILE. Manakala Pelajar UTM akan direkodkan merit dalam sistem aktiviti pelajar (UTM ACAD). *  

(Pengisian Google Form akan dibuka bermula jam 3:30 – 4:00 petang sahaja)

Sumber:
Seksyen Pembangunan Bakat
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *