JEMPUTAN KE CERAMAH – HIASI ALAM

Perkara di atas dirujuk dengan hormatnya.  

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UTM (OSHE), Jawatankuasa 3S (Sihat, Selamat dan Sejahtera) dan Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar UTM akan menganjurkan program FIESTA MAYA 3S (Sihat, Selamat & Sejahtera) UTM 2020 mulai 9 hingga 12 November 2020. Sehubungan dengan itu, saudara adalah dijemput untuk melawati Facebook (FB) UTM Talent Transformation Centre bagi menonton slot ceramah sepertimana butiran program dibawah:- 

FIESTA MAYA 3S (SIHAT, SELAMAT & SEJAHTERA) UTM 2020

Tajuk : HIASI ALAM
Tarikh : 11 November 2020 (Rabu)
Masa : 4:00 – 5:00 petang
Penceramah : YBrs. Dr. Norahim bin Ibrahim, 
Pengetua, Kolej Tun Hussien Onn, UTM Johor Bahru

Facebook Live : https://www.facebook.com/UTMTTC atau https://www.facebook.com/osheactivities

JANGAN LUPA LIKE PAGE FB AGAR TIDAK KETINGGALAN MENONTON SESI PERKONGSIAN YANG DISIARKAN SECARA LANGSUNG!!

MAKLUMAN:

* Staf UTM yang menonton FB Live ini akan direkodkan mata CPD dalam Sistem UTMSMILE. 

Manakala Pelajar UTM akan direkodkan merit dalam sistem aktiviti pelajar (UTM ACAD). *  

(Pengisian Google Form akan dibuka bermula jam 4:30 – 5:00 petang sahaja)

Sumber:

Seksyen Pembangunan Bakat
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
UTM Johor Bahru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *