Ok, Majlis Apresiasi Pejabat TNCPI (MaSTI) adalah bertujuan untuk memotivasikan setiap staf untuk mencontohi atau mengulangi kejayaan yang sama atau lebih baik pada tahun berikutnya.Program ini juga penting dalam menggalakkan melahirkan staf yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam merealisasikan matlamat dan harapan jabatan Timbalan Naib Canselor dan Inovasi utm Kuala Lumpur.Terdapat beberapa anugerah yang disampaikan dalam Malam Aspirasi Kecemerlangan iaitu Anugerah kehadiran penuh, Anugerah Kecemerlangan , Anugerah Program Berimpak Tinggi, Anugerah Graduan Cemerlang, dan Anugerah mata CPD tertinggi.Setiap anugerah merupakan anugerah dipilih berdasarkan potensi setiap staf di pejabat TNCPI. MaSTI telah diadakan pertama kalinya pada tahun 2018. Setiap tahun akan ada tema tersendir. OK, jom kita layan gambar2 MaSTI 2018 – kini.
🅼🅰🆂🆃🅸 2018
Pada 15 Dec 2018, MaSTI yang pertama diadakan di Kelab Darul Ehsan..Tahun ni tema adalah Movie Character..Pada tahun ini..entah macam mana boleh terpilih jadi KING pakaian terbaik..bemodalkan jadi bujang lapok..aura bujang lapok tu yang kuat agaknya..
🅼🅰🆂🆃🅸 2019
30 Nov 2019 MaSTI kedua pula dengan tema “Bangsawan” bertempat di Hotel Flamingo Ampang..
Tahun ni jugak la aku start jadi AJK persiapan..nah gambar photobooth, pentas dan perhiasan atas meja yang di hasilkan..DIY semuanya..
🅼🅰🆂🆃🅸 2021
Tahun 2020 sepeti yang kita semua tahu..COVID 19 melanda..so tak adalah MaSTI..Tapi pada tahun 2021..TNCPIKL teruskan semula MaSTI dengan tema “Masquerade”..Tahun 2021 kami anjurkan MaSTI secara online pulak..hasilnya mantopp..Sekali lagi aku dapat anugerah Masquerade terbaik..luck lagi…Tahun ni banyak belajar tentang menganjurkan aktiviti secara online..maklumla first time..
🅼🅰🆂🆃🅸 2022
Setelah COVID 19 reda..segalanya boleh dilakukan secara bersemuka. Jadi pihak TNCPIKL mengadakan semula MaSTI..kali ni di Hotel Maya KL pada 29 Oktober 2022 dan bertemakan “Musical”..Tahun ni tak ada anugerah besar2 yang aku dpt..hehehe..Tapi sekali lagi jadi AJK persiapan..
Macam biasa..jadi AJK persiapaan seperti tahun2 sebelumnya..
Majlis meriah sebab masing2 memperagakan pelbagai pakaian dari macam2 jenis genre muzik..