Brief Biodata

Shuib bin Rambat dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada tanggal 03 Januari 1973.  Beliau telah berkhidmat di UTM selama lebih 16 tahun.  Sebaik sahaja melapor diri di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 22 November 2000 sebagai Tutor (DS 41), beliau ditempatkan di Program Pengajian Diploma, UTM Kuala Lumpur.  Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Ukur Tanah dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tahun 1997.  Beliau mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam bidang ukur tanah, remote sensing, sistem maklumat geografi, penentuan kedudukan sejagat, pemantauan alam sekitar, pemantauan bencana alam, teknologi pengukuran, dan pemetaan.

Beliau bertugas di Program Pengajian Diploma sejak 22 November 2000 sebagai Tutor (DS41) dan telah dinaikkan pangkat ke jawatan pensyarah (DS45) pada 23 November 2003.  Beliau telah melanjutkan pelajaran ke pringkat Doktor Falsafah di Aston University, Birmingham, United Kingdom pada tahun 2004 dan kembali berkhidmat di Kolej Sains Dan Teknologi pada tahun 2008 dan telah dinaikkan pangkat ke pensyarah kanan (DS52) pada tahun 2011.  Pada tahun 2014, beliau telah menjalani latihan PostDoctoral di Loughboroiugh University, United Kingdom sehingga 2015.  Beliau telah berpindah ke Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) pada 16 April 2016 hingga sekarang. Sepanjang perkhidmatan di UTM, beliau pernah menyandang pelbagai jawatan termasuklah program koordinator, ketua makmal, ketua panel, ketua jabatan, timbalan pengarah, pengerusi kualiti, dan berbagai-bagai ahli jawatankuasa diperingkat fakulti mahupun universiti.

Sepanjang tempoh perkhidmatan di UTM, beliau turut menyumbang kreativiti dan inovasi bagi pengukuran tanah diKolej Siswa Jaya bagi tujuan pembangunan UTM, memberi syarahan kepada lebih daripada 360 jam kuliah, menjalankan penyelidikan, menyelia pelajar sarjana dan doktor falsafah.

Profile Kerjaya

Pentadbir UTM

Inovasi dan pembangunan sistem kerja

Pakar rujuk – Menjadi rujukan mengenai dalam sistem kurrikulum

Fasilitator

Editor – Jurnal IWA

Mentor – Kepada pegawai baru dan staf sokongan baru rakan sejawat.

Komentor – Sentiasa menjana idea yang bernas bagi meningkatkan tadbir urus universiti dan sistem penyampaian.

Motivator –  rakan sekerja dan komuniti.

Sentiasa memberikan khidmat  berintergriti tinggi dan berakhlak mulia

Pengiktirafan /Anugerah

Sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan kecemerlangan kerja, beliau telah dianugerahi oleh UTM dengan anugerah:

1.    Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 2012.