Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Pindaan 2020]
- Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177] merupakan undang-undang buruh utama yang mengawal selia hubungan di antara majikan, pekerja dan kesatuan sekerja.
- Akta ini menetapkan hak-hak pekerja dan majikan serta menyediakan mekanisme penyelesaian bagi pertikaian perusahaan yang wujud.
- Sejak mula dikuatkuasakan pada tahun 1967, Akta 177 telah melalui proses pindaan sebanyak enam (6) kali.
- Pindaan kali terakhir telah dibuat pada tahun 2014 yang berkuatkuasakan pada 1 Julai 2015 melibatkan 3 seksyen sahaja.
- Pindaan terkini Akta 177 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 9 Oktober 2019 dan Dewan Negara pada 19 Disember 2019 serta telah diwartakan pada 20 Februari 2020 setelah diperkenankan oleh YDPA pada 6 Februari 2020.
- Pindaan ini merupakan pindaan holistik kerana melibatkan pindaan terhadap 35 seksyen daripada keseluruhan 63 seksyen.
- Pindaan ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2021. Tarikh kuat kuasa ini telah disiarkan dalam Warta Kerajaan pada 21 Disember 2020 [P.U. (B) 695].
This entry was posted in
Uncategorized. Bookmark the
permalink.