Wajibkan deklarasi kesihatan, bantu tapis pemandu berisiko – Pakar
Pakar di Jabatan Geoteknik dan Pengangkutan, Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Sitti Asmah Hassan berkata, setakat ini tiada mekanisme pemeriksaan atau pengesahan laporan kesihatan yang sistematik dilaksanakan oleh pihak berkuasa.
Justeru, katanya, sistem pemantauan berkala bagi memastikan pesakit masih layak memandu berdasarkan status kesihatan semasa wajar dipertimbangkan dalam proses pembaharuan lesen.
“Walau bagaimanapun, pendekatan yang lebih berfokus mungkin lebih sesuai, contohnya dengan mewajibkan penilaian kesihatan berkala terhadap individu yang mempunyai sejarah pemanduan tidak selamat atau risiko kesihatan yang diketahui.
“Tidak semua pesakit menimbulkan tahap risiko yang sama terhadap keselamatan jalan raya.
“Oleh itu, kerajaan, khususnya Kementerian Pengangkutan (MOT), perlu merancang secara adil dan seimbang dengan mengambil kira hak individu serta keperluan memandu demi kelangsungan hidup,” ujarnya.