Pembuli muncul bila gagal kawal emosi di jalan raya
Dalam pemanduan, mengekalkan jarak mengekor sekurang-kurangnya tiga saat dalam keadaan biasa dan empat hingga lima saat dalam keadaan cuaca buruk mampu mengelakkan pelanggaran belakang sekiranya pembuli sengaja membrek secara mengejut.
“Jarak mencukupi beri ruang untuk pemandu bertindak balas dan membrek dengan selamat,” katanya.
Katanya, teknologi seperti Forward Collision Warning (FCW), Automatic Emergency Braking (AEB) dan penggunaan kamera papan pemuka dapat meningkatkan keselamatan serta menjadi bukti penting jika berlaku insiden.
Dalam pada itu, katanya, Akta Pengangkutan Jalan 1987 menyediakan peruntukan untuk menidakkan perbuatan pembuli jalan raya.
“Tindakan seperti saman, penggantungan lesen dan hukuman penjara perlu dikuatkuasakan dengan lebih tegas terhadap kesalahan serius.
“Penguatkuasaan undang-undang mesti konsisten agar menjadi pengajaran dan memberi rasa takut untuk melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab ini”.