Kursus KSSM Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Pada 22-23 Oktober 2019 yang lalu, Panel Sains Sukan UTM telah menganjurkan Kursus KSSM Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) yang dijalankan di Kolej Tun Dr Ismail, UTM. Kursus ini telah dihadiri oleh semua pensyarah dan pelajar tahun 3 Sains Sukan.

En. Ismahadi Mohd Ismail, Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah dijemput sebagai instruktur kursus.

Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta kursus tentang kaedah persediaan dan pelaksanaan PJPK mengikut kurikulum terbaharu KSSM.

Speak Your Mind

*