Stay Safe, Stay at Home, Study and/or Work from Home

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Semoga semua berada dalam keadaan yang baik, selamat dan sihat. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin berkuatkuasa pada 18 Mac 2020 yang lalu, semua aktiviti pembelajaran di setiap peringkat pendidikan ditangguhkan sehingga masalah pandemik COVID-19 selesai.

Pelaksanaan PKP ini ternyata memberi kesan kepada semua pihak. Dalam konteks pendidikan khususnya di universiti, sesi pembelajaran telah mengalami ‘revolusi’ pendekatan yang drastik. Pembelajaran secara atas talian bukan perkara yang baharu tetapi situasi ketika ini memerlukan semua pihak khususnya pensyarah dan pelajar beradaptasi dan lebih bergantung kepada pendekatan pembelajaran secara atas talian.

Pembelajaran secara atas talian sememangnya memberi ‘nafas baharu’ kepada pendekatan penyampaian kuliah. Ia lebih fleksibel dan boleh dilaksanakan di mana-mana sahaja, selagi terdapat capaian akses internet yang baik. Tanpa capaian akses internet yang baik, sesi pembelajaran secara atas talian akan terbatas dan mungkin tidak dapat dilaksanakan. Tidak dinafikan bahawa terdapat pengisian pengajaran tertentu khususnya yang melibatkan amali secara bersemuka tidak dapat dilaksanakan menerusi pembelajaran secara atas talian. Keadaan ini memerlukan pensyarah dan pelajar untuk lebih bijak dan kreatif dalam merancang serta melaksanakan aktiviti yang berkaitan.

Semoga masalah COVID-19 ini akan segera selesai dan kita dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa dan selamat.

Stay safe, stay at home, study and/or work from home.

-Syahrul-

#fsshteachingstar

Speak Your Mind

*