Archives for November 2019

Staf FSSK Memenangi 2 Emas, 2 Perak, 3 Gangsa bagi acara Olahraga Sukan UTM-BAKES 2019

Pencapaian membanggakan dari staf Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) dalam acara Olahraga Sukan Staf UTM-BAKES 2019. Tahniah ????

2?2?3?

Karnival Tunas Tenis: Projek Pembelajaran Servis di SK Kangkar Pulai 2

Well done!! ????

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada para pelajar kokurikulum Tenis (UKQS2202 & UKQF2692) kerana berjaya melaksanakan projek pembelajaran servis “Karnival Tunas Tenis” di Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai 2, Kulai, Johor.

Bertemakan “Everyone can Play Tennis”, program ini mensasarkan penglibatan murid tahun 1 yang menetap agak jauh dari akses kemudahan tenis  untuk mengenali dan mempelajari asas sukan tenis.

Program telah bermula pada jam 11.45 tengahari dan tamat pada jam 5.15 petang. Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan sesi petang, Hjh. Sarimah binti Mohmi.

Terima kasih SK Kangkar Pulai 2 ????

Selamat Maju Jaya Dr Hafizah Harun & Alumni Sains Sukan UTM

Selamat bersara Dr Hafizah Harun. Terima kasih atas segala sumbangan selama berkhidmat di UTM, khususnya kepada program Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan).

Pada 4 April 2019 yang lalu, satu majlis bagi meraikan persaraan Dr Hafizah telah dianjurkan di Dewan Kolej Perdana, UTM. Majlis tersebut turut meraikan pelajar tahun akhir Sains Sukan yang bakal bergraduan (kini telah bergraduan).

Selamat maju jaya kepada Dr Hafizah dan alumni Sains Sukan UTM.

Kursus KSSM Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Pada 22-23 Oktober 2019 yang lalu, Panel Sains Sukan UTM telah menganjurkan Kursus KSSM Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) yang dijalankan di Kolej Tun Dr Ismail, UTM. Kursus ini telah dihadiri oleh semua pensyarah dan pelajar tahun 3 Sains Sukan.

En. Ismahadi Mohd Ismail, Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah dijemput sebagai instruktur kursus.

Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta kursus tentang kaedah persediaan dan pelaksanaan PJPK mengikut kurikulum terbaharu KSSM.

A day to remember…

Alhamdulillah… I dedicate this degree to my mom, dad, wife, kids and the whole family.

Thanks for your support throughout the journey.