“Sia-sia jika diturutkan hatimu, yang terleka dibuai kata-kata palsu.. Bukan benar bagai dikata, Godaan manisan pujangga, Dah kita dicipta bukan untuk bermegah”
– Nak ke tempat kerja.. keluar pula lagu ni dicorong radio. Terdengar-dengar di cuping telinga bait-bait lirik lagu tersebut.. Saya suka dengan kata nasihat dalam lagu Belenggu Rindu , nyanyian merdu dari Wani Hasryta dan Dato’ Jamal Abdillah..
Anak gadis yang teleka dengan kata-kata manis berpujangga, padahal ianya cuma palsu. Disebabkan terleka, segalanya diserah tanpa ragu. Kerana ingin hidup senang dan mewah.. akhirnya jiwa merana.. Padanan luahan gadis dan nasihat dari jejaka bagus dijadikan sandaran dan dilagukan dengan adunan bahasa dan muzik yang saya kira sangat menarik untuk didengar..
Cuba la dengar lagu ini, siap lirik lagi akak payung.. http://www.lyrics.my/artists/wany-hasrita/lyrics/belenggu-rindu-ft-dato-jamal-abdillah
Recent Comments