Individu yang bermasalaah memerlukan seseorang untuk mendengar dan memahami masalah yang sedang dihadapinya. Antaranya mereka yang menghadapi tekanan di tempat kerja, kurang keyakinan diri, pergolakan dalam hubungan keluarga, atau masalah pengalaman lepas yang menyebabkan seseorang itu trauma, ketakutan atau kebimbangan. Kebanyakan masalah yang dihadapi terlalu peribadi dan merupakan rahsia yang sukar untuk diungkapkan. Mereka risau dan takut untuk berterus-terang dengan individu yang baru mereka kenali. Justeru itu, pelbagai usaha dibentuk untuk membantu individu yang bermasalah ini.
Biasanya organisasi akan menyediakan perkhidmatan kaunseling. Kaunseling ini boleh juga diwujudkan dikalangan rakan-rakan terdekat atau seseorang yang dipercayai. Walau bagaimanapun, tidak semua individu suka untuk berjumpa dengan pakar kaunseling atau pakar terapi jiwa. Kaunseling biasanya dilaksanakan oleh individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang kaunseling dan mempunyai kemahiran perikemanusiaan serta bijak mengawal emosi client.
Selain dari Unit Kaunseling, sektor awam kini telah mewujudkan AKRAB Care yang merupakan rakan kaunseling yang dilantik dan diberi sijil kelayakan oleh JPA bagi membantu staf yang menghadapi masalah. Akrab Care dilantik dikalangan Pegawai Sumber Manusia yang terlatih yang mampu membantu staf di Jabatannya yang bermasalah dan menyebabkan prestasi seseorang itu terjejas. Mereka ini akan bekerjasama dengan Bahagian Sumber Manusia serta Unit Kaunseling. Adakalanya staf yang dibantu, tidak sedar bahawa rakan sejawatnya yang sering membantunya menyelesaikan konflik itu merupakan rakan AKRAB Care.
Namun begitu, bagi rakan-rakan yang bermasalah atau tertekan, usahlah bimbang untuk berjumpa pakar kaunseling atau Akrab Care sekiranya merasakan mereka itu asing dan tidak dikenali. Carilah kawan atau ahli keluarga yang boleh dipercayai untuk meluahkan perasaan dan masalah anda. Percayalah.. semakin anda memendam, ia semakin memakan jiwa. Luahkan atau bergaul sesama rakan sekerja, tanpa anda sedari keadaan diri yang sedang stress terubat dengan mereka. Walau mungkin mereka tidak membantu anda menyelesaikan masalah itu secara langsung, tetapi tekanan / stress yang sedang dialami akan berkurangan. Oleh itu, bekerjalah secara harmoni dan jika boleh wujudkan suasana kekeluargaan di mana setiap rakan sekerja mengambil berat dan prihatin sesama yang lain.
sumber rujukan : Kaunseling di tempat Kerja; Hamdan Abd. Kadir.
Recent Comments