UTM merupakan agensi badan berkanun yang mewajibkan setiap kakitangan di organisasi ini untuk membuat perisytiharan harta. Terdapat SOP yang perlu dipatuhi dalam membuat perisytiharan harta ini. Selaku penjawat awam di sebuah organisasi badan berkanun, setiap staf lantikan Tetap, Sementara dan Kontrak tidak terlepas dalam melaksanakan tanggungjawab ini.
Untuk menjaga integriti sebagai pegawai awam, setiap kakitangan perlu membuat perisytiharan harta dalan tempoh 5 tahun sekali apabila:
a) Dilantik ke perkhidmatan awam;
b) Bersara Pilihan;
c) Dikehendaki oleh Kerajaan;
d) Memperoleh pertambahan harta; dan
e) Melupuskan harta
KENAPA PERLU ISYTIHAR HARTA?
Perisytiharan harta yang dibuat perlu betul dan telus. Tujuan utama Perisytiharan Harta ini dibuat adalah bagi memastikan setiap staf Penjawat Awam berintegriti dan juga bagi mengekang budaya rasuah yang dikaitkan dengan kakitangan kerajaan terutama agensi penguatkuasa seperti polis seperti yang didedahkan baru-baru ini. Selain itu, ia juga memastikan Penjawat Awam tidak berada dalam keterhutangan yang serius.
Kerajaan perlu menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) pengisytiharan harta dalam kalangan penjawat awam terutama membabitkan agensi penguatkuasaan. “Sekiranya SOP pengisytiharan harta dilakukan dengan telus dan disemak dengan betul oleh unit integriti, kita boleh tangani isu rasuah.”
Pakar kriminalogi bebas, Shahul Hamid Abd Rahim berkata, proses itu bukan hanya membabitkan pegawai atasan, malah anggota bawahan juga perlu mengisytiharkan harta mereka. “Dalam perkhidmatan kerajaan, kita ada pengisytiharan harta. Menerusi pengisytiharan harta itu, kita boleh tahu apa bentuk atau jumlah harta yang mereka ada.
Situasi sekarang apa yang berlaku ada seseorang kakitangan itu telah mengisytiharkan harta, tetapi kehidupan melebihi kemampuan sebenar. Ini kerana mereka tidak mengisytiharkan harta dengan jujur. Sekiranya Pihak Sumber Manusia dan Integriti mengetahui gaya hidup staf yang melebihi pendapatan, tindakan sewajrnya perlu diambil.
KESILAPAN YANG SERING DILAKUKAN DALAM MEMBUAT PERISYTIHARAN HARTA
- Tidak menyatakan pendapatan pasangan
- Tidak menyenaraikan harta milik pasangan seperti
rumah/kenderaan (dalam pinjaman/tanggungan
pasangan ada potongan rumah/kenderaan) - Tidak menyenaraikan harta yang telah selesai dibayar
(cth: rumah,kenderaan) - Tidak melengkapkan Punca-Punca Kewangan Bagi
Memiliki Harta - Tidak memuatnaik dokumen sokongan yang diperlukan.
- Tidak meletakkan lampiran pendapatan pasangan
(bukan staf UTM), harta & tanggungan.
PENGIRAAAN PERATUS KETERHUTANGAN
(JUMLAH PINJAMAN/ TANGGUNGAN STAF (TERKINI & TELAH DILULUSKAN) + JUMLAH POTONGAN SLIP GAJI)
_________________________________________________________________ x 100
(JUMLAH PENDAPATAN + PENDAPATAN TAMBAHAN)
Penjawat awam boleh menyemak kadar keterhutangan menerusi formula di atas bagi mengelakkan diri dari dikategorikan mempunyai kadar keberhutangan tinggi dan serius. Isu ini perlu diambil berat kerana desakan kekurangan kewangan ini boleh menyebabkan berlaku ketirisan dari segi integriti sehingga mendorong ke arah gejala rasuah.
Amalan rasuah membabitkan segelintir pegawai dan kakitangan awam perlu dibendung segera bagi mengelak kepercayaan dan integriti kepada penjawat awam tidak terhakis.
Rujukan:
1. Slide Pemilikan Harta dan Perisytiharan Harta – Sekretariat Perisytiharan Harta UTM
2..Pekeliling Pentadbiran Bil 27/2019: Prosedur Pemilikan Harta & Perisytiharan Harta
Universiti Teknologi Malaysia. (Kuatkuasa 17 September 2019)
3.Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun, Akta Badan-Badan Berkanun
(Tatatertib dan Surcaj), 2000 Akta 605
4. Warta Kerajaan P.U. (B) 104/2010
5. RujukanArtikel : https://www.sinarharian.com.my/article/112581/BERITA/Nasional/Semak-semula-SOP-pengisytiharan-harta-penjawat-awam?utm_source=newsletter&utm_medium=email&utm_campaign=Semak semula SOP pengisytiharan harta penjawat awam&utm_term=30%2F11%2F2020
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkra
Recent Comments