Nilai diri anda sendiri..
Kadang manusia sering menilai diri orang lain.. orang ini begini, orang itu begitu.. Atau kita ni asyik komplen aje.. itu tak betul, ini tak kena? Ada saja di depan mata kita ni tak kena.. tak memuaskan hati.. Tapi jarang benar yang menilai diri sendiri, muhasabah diri.
Cuba kita duduk ambil masa untuk diri sendiri.. Fikir kita ni macamana ye orangnya.. Sekarang ni macamana sikap kita.Bagaimana sikap kita ketika berhadapan dengan orang lain, cara kita berkomunikasi, kecenderungan dan minat kita, masalah kita dan bagaimana kita nak harungi waktu sekarang dan akan datang.. Lari sekejap dari urusan dengan orang lain.. kita sedang berurusan dengan diri kita, hati dan emosi kita.
Perkara ni mungkin nampak macam simple dan kelakar, tapi percayalah tak ramai yang lakukannya.. Lupa untuk muhasabah diri.. Kesian pada diri kita.. Apa kita dah buat pada badan kita, fikiran kita, hidup kita bagaimana sekarang.. Adakah kita sama dengan dulu.. Berubah ke arah kebaikankah? Apa kita nak jadi selepas ini.. adakah kita dah bersedia?
Sila la fikir, kerana hanya kita yang benar-benar kenal dengan diri kita. Tak perlu tipu dan tak perlu malu.. Berubahla jika kita fikir itu perlu. Berbuat baik, minta maaf kepada orang lain selagi kita ada kesempatan. Tak ke mana ego tu hendak dibawa..
Recent Comments