Kerajaan telah pun mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 hingga 31 Mac 2020. Kita semua perlu patuh kepada arahan tersebut bagi tujuan membantu kerajaan mengurangkan dan mencegah penularan wabak virus Vocid 19.
Oleh itu , kita semua harus akur dan memastikan keluarga kita duduk di rumah dalam tempoh ini. Apa yang sangat membimbangkan adalah keadaan rakyat yang bersesak-sesak untuk mendapatkan tiket pulang ke kampung dan kemudian bersesak pula di Balai Polis sehingga lupa risiko yang mereka hadapi. Kita tidak tahu siapa yang berada di sekitar kita itu samada mempunyai simptom atau memang sudah menjadi pembawa virus tanpa disedari.
Gambar ihsan dari fb
Keadaan pertambahan rakyat yang dijangkiti meningkat sehingga 117 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 790 pada 18 Mac 2020. Peningkatan ini adalah satu angka yang sangat membimbangkan sehingga Perdana Menteri merayu kepada semua rakyat Malaysia agar kekal duduk di rumah. Jika kita semua tidak memberikan kerjasama dan tidak mengendahkan perkara ini, adalah sangat sukar untuk kerajaan membendung penularan wabak ini. Usahlah kita pentingkan diri sendiri. Usahlah makan di restoran, balik ke kampung, beriadah di taman dan elakkan diri ke tempat yang sesak dengan orang ramai.
Gambar ihsan fb Kementerian Kesihatan Malaysia.
Marilah kita bertanggungjawab dan memastikan negara kita kekal selamat dan harmoni.
Recent Comments