Siapa diantara kita yang tidak pernah menghadapi masalah? Semua orang pernah melaluinya. Emosi kita tidak konsisten. Ada kala kita akan rasa gembira, sedih, tertekan atau marah. Itu adalah lumrah manusia normal. Bagaimana pula kita mengawal emosi kita supaya tidak terbawa-bawa.
Ada diantara kita yang mempunyai masalah kurang keyakinan diri, terlalu merendah diri dan tidak berani bergaul kerana merasakan dirinya serba kekurangan. Selalu melihat kelebihan yang ada pada orang lain menyebabkan diri selalu rasa sedih dan kecil.
Kita sebenarnya yang bertanggungjawab untuk memastikan diri kita bahagia. Bahagia itu subjektif, tidak semestinya kerana banyak wang seseorang itu gembira, kerana berjawatan tinggi orang itu bahagia.. Tidak ya, material bukan penentu kebahagiaan.
Bak kata Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad
“Walaupun kita menjadi seseorang penyapu sampah di tepi jalan,
tetapi sekiranya kita melakukan itu untuk menjadi hamba Allah yang baik,
Kita akan bahagia.
Namun sekiranya kita menjadi Jutawan sekalipun
tanpa niat untuk menjadi Hamba Allah yang baik,
Bahagia itu akan pergi jauh daripada kita”
Its Ok Not to be Ok. Kita tidak perlu bahagia sepanjang masa, kerana naik turunnya emosi kita adalah resam dalam kehidupan. Jangan terbawa-bawa dengan perasaan sehingga terlupa bahawa anda layak untuk bahagia.
Recent Comments