Musim Penilaian Prestasi dah bermula.. Bertungkus-lumuslah semua staf termasuk team HR yang sibuk mengingatkan dan mengejar staf-staf supaya mengisi.. kalau tidak nanti tak terima Kenaikan Gaji Tahunan (KGT). paling teruk boleh exit policy kalau tak melepasi markah minimum.
Maka, jadilah pekerja yang bijak.. isi penilaian prestasi bukan untuk orang lain. tapi untuk diri sendiri.. itu kan tanggungjawab anda sendiri. isilah dalam tempoh yang ditetapkan. Jangan lah marah dan salahkan pihak lain bila sampai masa nanti anda tidak menerima KGT.
Saya percaya semua orang dah bertungkus lumus bekerja, memenuhi KPI dan menghadapi pelbagai cabaran kerja. Bukan sikit-sikit cabaran dan dugaan yang kita terima.. pengalaman saya dari sudut HR pula.. saban waktu berdepan dengan karenah manusia yang pelbagai. Bila tiba musim penilaian prestasi ni.. macam2 perangai manusia timbul.. marahkan sistem.. kita diharuknya.. Markah sikit, kita juga kena, tak faham nak isi.. aikk marah kita juga.. itu sebahagiannya la, bukan semua orang begitu.. buruk baik pun, kita tetap perlu menjalankan tugas dengan ikhlas dan amanah.
Cabaran kerja terus datang tanpa henti.. harungi supaya kita lebih maju dan berjaya. Kita dicipta untuk menggalas tanggungjawab dan perlu berdepan dengan ujian. Ucapan tahun baru dari saya – Selamat Mengharungi Dunia Masa Depan. Semoga Maju Jaya.
Recent Comments