PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Amalan Masuk Syurga dan Terhindar Neraka*
عَنْ أَبِي أَيُّوبَ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ أَعْمَلُهُ يُدْنِينِي مِنْ الْجَنَّةِ وَيُبَاعِدُنِي مِنْ النَّارِ قَالَ تَعْبُدُ اللَّهَ لَا تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا وَتُقِيمُ الصَّلَاةَ وَتُؤْتِي الزَّكَاةَ وَتَصِلُ ذَا رَحِمِكَ
_*Dari Abu Ayyub dia berkata, “Seorang laki-laki mendatangi Nabi SAW, seraya bertanya, ‘Tunjukkanlah kepadaku suatu amalan yang mendekatkan aku ke syurga dan menjauhkan aku dari neraka? ‘ Baginda menjawab: ‘Kamu menyembah Allah, tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu apa pun, mendirikan solat, menunaikan zakat dan menyambung silaturrahim dengan keluarga.”*_ (HR Muslim No: 15) Status: Sahih
*Pengajaran:*
Amalan yang mendekatkan seseorang kesyurga dan menjauhkannya dari Neraka:
a. Beribadat kepada Allah dan tidak melakukan syirik
b. Mendirikan solat fardhu
c. Mengeluarkan zakat
d. Menyambung silaturahim dengan ahli keluarga
Moga kita dijauhkan dari api neraka dan masuk ke syurga.
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
17hb Januari 2017
18hb Rabiul Akhir 1438H
Speak Your Mind