PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Infaq Mengukuhkan Silaturahim*
عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ عَنْ جَابِرٍ قَالَ أَعْتَقَ رَجُلٌ مِنْ بَنِي عُذْرَةَ عَبْدًا لَهُ عَنْ دُبُرٍ فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَلَكَ مَالٌ غَيْرُهُ فَقَالَ لَا فَقَالَ مَنْ يَشْتَرِيهِ مِنِّي فَاشْتَرَاهُ نُعَيْمُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْعَدَوِيُّ بِثَمَانِ مِائَةِ دِرْهَمٍ فَجَاءَ بِهَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَدَفَعَهَا إِلَيْهِ ثُمَّ قَالَ ابْدَأْ بِنَفْسِكَ فَتَصَدَّقْ عَلَيْهَا فَإِنْ فَضَلَ شَيْءٌ فَلِأَهْلِكَ فَإِنْ فَضَلَ عَنْ أَهْلِكَ شَيْءٌ فَلِذِي قَرَابَتِكَ فَإِنْ فَضَلَ عَنْ ذِي قَرَابَتِكَ شَيْءٌ فَهَكَذَا وَهَكَذَا يَقُولُ فَبَيْنَ يَدَيْكَ وَعَنْ يَمِينِكَ وَعَنْ شِمَالِكَ
_*Dari Abu Zubair dari Jabir ia berkata; Seorang laki-laki dari Bani Udzrah memerdekakan hamba sahayanya dengan tebusan. Berita itu sampai kepada Rasulullah SAW, baginda bertanya kepada pemilik hamba itu: “Masih adakah hartamu selain hamba itu?” orang itu menjawab, “Tidak, wahai Rasulullah.” Maka Rasulullah SAW pun bersabda: “Siapakah yang mahu membeli hamba itu daripadaku?” Akhirnya hamba itu pun dibeli oleh Nu’aim bin Abdullah Al Adawi, dengan harga lapan ratus dirham yang diserahkannya kepada Rasulullah SAW, dan baginda menyerahkan kepada pemilik hamba sahaya itu. Kemudian baginda bersabda kepadanya: “Manfaatkanlah wang ini untuk dirimu sendiri, bila ada bakinya maka untuk keluargamu, jika masih berbaki untuk kerabatmu, dan jika masih berbaki lagi, maka untuk orang-orang disekitarmu.”*_ HR (Muslim No: 1663) Status: Sahih
*Pengajaran:*
1. Saling membantu sesama Muslim bagi merengankan beban saudaranya adalah amalan mulia yang diajar oleh Rasulullah.
2. Sesiapa yang diberikan nikmat rezeki yang baik lagi halal, gunakanlah untuk membiayai keperluan asas hidupnya.
3. Jika rezeki yang dimiliki terdapat lebihan, gunakanlah untuk membiayai ahli keluarganya termasuk ibu dan ayahnya.
4. Jika rezeki yang dimiliki ada lebihan selepas ditolak untuk kegunaan diri dan ahli keluarganya, bolehlah limpahan rezeki tersebut digunakan untuk membantu kerabat yang dekat seperti adik beradik, bapa dan ibu saudara, sepupu dan lain-lain. Dengan cara ini akan menambah ikatan silaturahim dengan mereka.
5. Sekiranya terdapat lebihan rezeki selepas itu, eloklah kita membantu jiran tetangga serta ahli masyarakat lain yang memerlukan.
Sesungguhnya dalam rezeki yang kita milik ada hak orang lain yang perlu kita sempurnakan. Firman Allah:
وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
“Dan barang apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya (Saba: 39)
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
18hb Januari 2017
19hb Rabiul Akhir 1438H
Speak Your Mind