PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Silaturahim Menjemput Rezeki Dan Umur Barakah*
عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ عَلَيْهِ فِي رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
_*Dari Anas, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaknya ia menyambung kekerabatan (silaturrahim).”*_ (HR Abu Daud No: 1443) Status: Sahih
*Pengajaran:*
1. Antara kebahagiaan seorang apabila hidup dalam suasana saling berkasih sayang dengan ahli keluarga dan berhubung mesra.
2. Antara kelebihan Muslim yang sentiasa menjaga hubungan silaturahim dengan ahli keluarga:
a. Diluaskan rezeki (murah rezeki)
b. Dipanjangkan umur (umur yang barakah dalam keadaan sihat dan beramal solleh).
Marilah kita memelihara hubungan dan ikatan kekeluargaan dengan adik beradik dan ahli keluarga yang lain.
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
22hb Januari 2017
23hb Rabiul Akhir 1438H
Speak Your Mind