1 hari 1 hadis -Silatulrahim

​PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Hubungkan Silaturahim Yang Terputus*
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الْوَاصِلُ بِالْمُكَافِئِ وَلَكِنْ الْوَاصِلُ الَّذِي إِذَا قُطِعَتْ رَحِمُهُ وَصَلَهَا
_*Dari Abdullah bin Amru, Nabi SAW, baginda bersabda: “Orang yang menyambung silaturrahim bukanlah orang yang membalas kunjungan atau pemberian, akan tetapi (yang dinamakan bersilaturahim) adalah orang yang ketika diputuskan silaturahim dia tetap menyambung (silaturrahm).”*_ (HR Bukhari No: 5532) Status: Sahih
*Pengajaran:*
1.  Silaturahim adalah ikatan hubungan dengan ahli keluarga yang ada hubungan nasab atau keturunan iaitu ikatan pertalian darah seperti ibu bapa, adik beradik, anak cucu ataupun orang-orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan.
2.  Islam menuntut umatnya memelihara hubungan silaturahim.
3.  Menyambung silaturahim adalah mereka yang berusaha menyambung ikatan kekerabatan, merapatkan hubungan kekeluargaan yang telah terputus atau yang telah renggang.
Marilah kita berusaha mendekatkan ahli kerabat yang jauh, merapatkan yang telah dekat dan mengukuhkan ikatan yang sedia ada.
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
23hb Januari  2017

24hb Rabiul Akhir 1438H