1 hari 1 hadis – Anak perempuan

​PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Anak Perempuan Penghalang Api Neraka*
عُقْبَةَ بْنَ عَامِرٍ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ كَانَ لَهُ ثَلَاثُ بَنَاتٍ فَصَبَرَ عَلَيْهِنَّ وَأَطْعَمَهُنَّ وَسَقَاهُنَّ وَكَسَاهُنَّ مِنْ جِدَتِهِ كُنَّ لَهُ حِجَابًا مِنْ النَّارِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
_*Uqbah bin ‘Amir berkata, “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa memiliki tiga orang anak perempuan, lalu ia dapat bersabar dalam mengurus mereka, memberinya makan, minum serta pakaian kepada mereka dari usaha jerih payahnya, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka di hari Kiamat kelak.”*_ (HR Ibnu Majah No: 3659)  Status: Sahih
*Pengajaran:*
1.  Anak adalah amanah Allah untuk dididik dan dibesarkan agar menjadi hamba Allah yang taat dan anak yang solleh.
2.  Mendidik dan membesarkan anak adalah suatu ujian yang menuntut kesabaran.
3.  Orang yang memiliki tiga anak perempuan dan bersabar mendidik, mengasuh, membesarkan dengan keperluan agar menjadi anak yang solehah, akan diganjarkan dengan syurga.
4.  Bersabar mengurus dan membesarkan anak perempuan dengan bersungguh dan berpenat lelah nescaya anak  perempuan itu akan menjadi penghalang dari api neraka. 
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
24hb Januari  2017

25hb Rabiul Akhir 1438H