1 hari 1 hadis – Jadilah org yg pengasih

​PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Jadilah  Pengasih Untuk Dirahmati Allah*

  

 سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  إِنَّمَا يَرْحَمُ اللَّهُ مِنْ عِبَادِهِ الرُّحَمَاءَ
_*Dari Saad bin Ubadah, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah hanya merahmati hamba-hambaNya yang pengasih”*_ (HR Bukhari No: 1284). Status: Sahih
*Pengajaran:*
1.  Sifat penyayang dan pengasih adalah dituntut pada setiap Muslim
2.  Allah hanya merahmati Muslim yang memiliki sifat kasih sayang kepada sesama manusia dan makhluk lain untuk diberi ganjaran syurga.
3.  Milikilah sifat kasih sayang terhadap orang lain. Antaranya  ialah sifat  membantu mereka yang sedang menghadapi musibah seperti banjir,  sama ada dengan wang ringgit mahupun tenaga membersihkan rumah mereka.
4. Kasihilah orang lain dengan mendoakan kebaikan, memaafkan mereka, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu orang yang sedang kesempitan, memberi makan orang yang kelaparan serta mengunjungi orang sakit dan yang ditimpa musibah.
Jika kita ingin dirahmati Allah, maka milikilah sifat pengasih terhadap orang lain.
#Malaysia  Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
28hb Januari  2017

29 Rabiul Akhir 1438H

Speak Your Mind

*