Kehebatan Doa’ Utk SeSama Islam Tampa DiKetahui
عن أبي الدرداء رضي الله عنه قال: قال رسول اللهِ صلى الله عليه وسلم: “مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ، إِلاَّ قَالَ الْمَلَكُ: وَلَكَ بِمِثْلٍ”.
رواه مسلم
Maksudnya: Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidaklah berdoa seorang Muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.”
(Riwayat Muslim)
قال الإمام النووي: “وَكَانَ بَعْض السَّلَف إِذَا أَرَادَ أَنْ يَدْعُو لِنَفْسِهِ يَدْعُو لِأَخِيهِ الْمُسْلِم بِتِلْكَ الدَّعْوَة؛ لِأَنَّهَا تُسْتَجَاب، وَيَحْصُل لَهُ مِثْلهَا”.
Al-Imam AnNawawi (di dalam Syarah Sahih Muslim) berkata: Sebahagian dari ulama’ salaf (3 qurun pertama) jika mereka ingin berdoa’ utk dirinya sendiri mereka akan mendoa’kan utk saudaranya sesama islam dgn doa’ yg sama kerana doa’ itu mustajab, dan dia juga memperolehi spt itu juga.
#saling mendoa’kanLah…
Speak Your Mind