PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Menyayangi Binatang Mendapat Keampunan dan Pahala*
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَيْنَمَا رَجُلٌ يَمْشِي بِطَرِيقٍ اشْتَدَّ عَلَيْهِ الْعَطَشُ فَوَجَدَ بِئْرًا فَنَزَلَ فِيهَا فَشَرِبَ ثُمَّ خَرَجَ فَإِذَا كَلْبٌ يَلْهَثُ يَأْكُلُ الثَّرَى مِنْ الْعَطَشِ فَقَالَ الرَّجُلُ لَقَدْ بَلَغَ هَذَا الْكَلْبَ مِنْ الْعَطَشِ مِثْلُ الَّذِي كَانَ بَلَغَ مِنِّي فَنَزَلَ الْبِئْرَ فَمَلَأَ خُفَّهُ مَاءً ثُمَّ أَمْسَكَهُ بِفِيهِ حَتَّى رَقِيَ فَسَقَى الْكَلْبَ فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ فَغَفَرَ لَهُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَإِنَّ لَنَا فِي هَذِهِ الْبَهَائِمِ لَأَجْرًا فَقَالَ فِي كُلِّ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ
_*Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Pada suatu ketika ada seorang laki-laki sedang berjalan melalui sebuah jalan, lalu dia merasa sangat kehausan. Kebetulan dia menemui sebuah perigi, lalu dia turun kedalam perigi itu untuk minum. Setelah keluar dari perigi, dia melihat seekor anjing menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah kerana kehausan. Orang itu berkata dalam hatinya; Alangkah hausnya anjing itu, seperti yang aku alami. Lalu dia turun kembali ke dalam perigi, kemudian dia menceduk air dengan kasutnya, dibawanya ke atas dan diberikan kepada anjing itu. Maka Allah berterima kasih kepada orang itu (diterima-Nya amalnya) dan diampuni-Nya dosanya.’ Para sahabat bertanya; ‘Ya, Rasulullah! Dapat pahalakah kami apabila menyayangi haiwan ini? ‘ Jawab Rasulullah SAW: ‘Menyayangi setiap makhluk hidup adalah berpahala.’*_ (HR Muslim No: 4162) Status: Sahih
*Pengajaran:*
1. Berbuat baik kepada sesama makhluk adalah dituntut sama ada kepada manusia mahupun binatang.
2. Memberi makan atau minum kepada binatang juga merupakan amal solleh yang mendapat ganjaran pahala.
3. Mukmin yang memberi minum kepada binatang yang kehausan, akan diampunkan dosanya oleh Allah.
Marilah kita berbuat baik dengan saling bantu membantu ke arah mewujudkan kehidupan yang dirahmati tanpa mengira bangsa, agama mahupun makhluk lain.
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
14hb Februari 2017
17hb Jamadil Awal 1438H
Speak Your Mind