VALET DOA?
Sebelum ini berkirim salam kepada Nabi buat yang akan pergi ke Madinah.
Kini berkirim doa pula kepada ‘agen’ yang akan memanjatkannya di hadapan Kaabah. Ia ‘pasti’ akan makbul.
Ini semua menunjukkan betapa masyarakat jauh daripada ALLAH, dan jauh daripada menghayati Syariat Islam yang benar.
Lalu lintah-lintah darat manusia mengambil kesempatan atas kejahilan mereka untuk meraih keuntungan dunia.
Sedangkan Allah mengatakan:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
“Berdoalah kepadaKU nescaya AKU akan perkenankan.”
Surah Ghafir, ayat 60.
Tak perlu melantik perantara, tak perlu wakil atau pun orang tengah dalam berdoa.
ALLAH memerintahkan supaya kita berdoa terus kepadaNYA, kerana sungguh DIA Maha Mendengar lagi Maha Melihat, dan DIA lebih hampir kepada seseorang itu daripada urat lehernya sendiri.
Surah Qaaf, ayat 16.
Tinggal lagi kita dianjurkan mencari waktu-waktu yang mustajab seperti ketika sujud, ketika akhir malam atau pun pada hari Jumaat.
Islam itu mudah. Tidak semestinya perlu ke Mekah untuk berdoa. Apatah lagi dengan mengirimnya kepada individu-individu tertentu yang menuntut bayaran ‘pengerasnya’.
Dikhuatiri doa yang seperti ini lah yang paling awal ditolak.
Hakikatnya apa yang penting dalam berdoa ialah keikhlasan dan kesungguhan. Walau di mana jua anda berada.
Itu kunci mustajabnya!
– _Ustaz Abu Omar Idris Sulaiman_ (hafidzahullah) –
————————-
✅ Facebook Rasmi: www.facebook.com/idrissulaiman