PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Jadilah Mukmin dan Muslim Sebenar*
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ كُنْ وَرِعًا تَكُنْ أَعْبَدَ النَّاسِ وَكُنْ قَنِعًا تَكُنْ أَشْكَرَ النَّاسِ وَأَحِبَّ لِلنَّاسِ مَا تُحِبُّ لِنَفْسِكَ تَكُنْ مُؤْمِنًا وَأَحْسِنْ جِوَارَ مَنْ جَاوَرَكَ تَكُنْ مُسْلِمًا وَأَقِلَّ الضَّحِكَ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحِكِ تُمِيتُ الْقَلْبَ
_*Dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Abu Hurairah, Jadilah kamu seorang yang warak, nescaya kamu menjadi manusia yang paling beribadah. Jadilah kamu seorang yang merasa kecukupan, nescaya kamu menjadi manusia yang paling bersyukur. Cintailah manusia seperti kamu mencintai dirimu sendiri, nescaya kamu akan menjadi seorang mukmin. Perbaikilah hubungan dalam berjiran dengan tetanggamu, nescaya kamu akan menjadi seorang yang berserah diri. Sedikitkanlah ketawa, kerana banyak ketawa akan mematikan hati.”*_ (HR Ibnu Majah No: 4207) Status: Sahih
*Pengajaran:*
1. Jadilah kita ahli ibadah dengan memiliki sifat warak iaitu meninggalkan yang haram dan berhati-hati serta meninggalkan perkara yang syubhat
2. Jadilah kita orang yang paling bersyukur dengan memiliki sifat qanaah iaitu merasa cukup dengan apa yang dimiliki.
3. Jadilah kita mukmin dengan mencintai orang lain seperti mencintai diri sendiri.
4. Jadilah kita seorang muslim dengan sentiasa menjaga hubungan baik dengan jiran tetangga.
5. Jadilah kita pemiliki hati yang hidup dengan mengurangkan ketawa kerana banyak ketawa akan mematikan hati.
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
18hb Februari 2017
21hb Jamadil Awal 1438H
Speak Your Mind