PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Kebajikan Itu Akhlak Yang Baik*
عَنْ النَّوَّاسِ بْنِ سِمْعَانَ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْبِرِّ وَالْإِثْمِ فَقَالَ الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي صَدْرِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ
_*Dari An Nawwas bin Mis’an Al-Anshari dia berkata; “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebajikan dan dosa. Sabda baginda: “Kebajikan itu ialah budi pekerti yang baik. Sedangkan dosa ialah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, dan engkau sendiri benci jika perbuatanmu itu diketahui orang lain.”*_ (HR Muslim No: 4632) Status: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
1. Setiap kebajikan yang dilakukan oleh seorang Muslim dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya akan diberikan ganjaran pahala.
2. Kebajikan bermaksud setiap budi pekerti dan akhlak terpuji oleh seorang Muslim dalam setiap aspek perlakuan hidupnya.
3. Dosa ialah perlakuan maksiat yang dilakukan oleh seseorang.
4. Dosa ialah sesuatu perlakuan yang menyesakkan dada.
5. Orang yang melakukan dosa tidak suka jika orang lain mengetahui perbuatannya.
*Lakukan amal kebajikan dan hiasi dengan akhlak terpuji. Jauhkan setiap perkara dosa dan akhlak keji.*
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
27hb Februari 2017
30hb Jamadil Awal 1438H
Speak Your Mind