PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Harta Yang Baik Pada Orang Yang Baik*
عَنْ عَمْرَو بْنَ الْعَاصِ يَقُولُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا عَمْرُو نِعْمَ الْمَالُ الصَّالِحُ لِلْمَرْءِ الصَّالِحِ
_*Dari Amru bin Ash berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Amru, sebaik-baik harta adalah harta yang dimiliki oleh hamba yang Soleh.”*_ (HR Ahmad No: 17096) Status: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
1. Orang yang soleh ialah yang sentiasa menunaikan hak-hak Allah dan hak sesama manusia.
2. Harta yang baik yang dimiliki oleh orang yang soleh, adalah harta yang dimanfaatkan untuk maslahah dunia dan akhirat. Ada yang digunakan untuk keperluan diri, ada yang digunakan untuk zakat, sedekah dan sumbangan pada jalan Allah.
3. Sebaik-baik harta adalah yang dikelolakan oleh orang yang soleh.
4. Harta yang tidak digunakan untuk kebaikan dan tidak ditunaikan hak harta, akan hilang keberkahannya.
عَنْ أَسْمَاءَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَنْفِقِي وَلَا تُحْصِي فَيُحْصِيَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَلَا تُوعِي فَيُوعِيَ اللَّهُ عَلَيْكِ
Dari Asma’ bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Berinfaklah hartamu. Janganlah engkau menghitung-hitungnya (menyimpan tanpa bersedekah). Jika tidak, maka Allah akan menghilangkan barakah rezeki tersebut. Janganlah menghalangi anugerah Allah untukmu. Jika tidak, maka Allah akan menahan anugerah dan kemurahan untukmu.” (HR Bukhari No: 2402)
5. Milikilah harta semampu yang boleh melalui cara yang halal asalkan kita bertakwa dan memiliki sifat qanaah.
*Semoga kita menjadi sebaik-baik pemilik harta. Tunaikan hak harta yang dimiliki.*
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
04hb Mac 2017
05hb Jamadil Akhir 1438H
Speak Your Mind