1 hari 1 hadis- seksaan alam kubur

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Diseksa Di alam Kubur* 
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ خَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ بَعْضِ حِيطَانِ الْمَدِينَةِ فَسَمِعَ صَوْتَ إِنْسَانَيْنِ يُعَذَّبَانِ فِي قُبُورِهِمَا فَقَالَ يُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ وَإِنَّهُ لَكَبِيرٌ كَانَ أَحَدُهُمَا لَا يَسْتَتِرُ مِنْ الْبَوْلِ وَكَانَ الْآخَرُ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ ثُمَّ دَعَا بِجَرِيدَةٍ فَكَسَرَهَا بِكِسْرَتَيْنِ أَوْ ثِنْتَيْنِ فَجَعَلَ كِسْرَةً فِي قَبْرِ هَذَا وَكِسْرَةً فِي قَبْرِ هَذَا فَقَالَ لَعَلَّهُ يُخَفَّفُ عَنْهُمَا مَا لَمْ يَيْبَسَا
_*Dari Ibnu Abbas RA dia berkata; Nabi SAW pernah keluar dari salah satu kebun yang ada di Madinah, lalu baginda mendengar suara dua orang yang sedang di seksa di kuburnya, setelah itu baginda bersabda: “Tidaklah keduanya diseksa kerana dosa besar namun hal itu adalah perkara yang besar, salah satu darinya adalah tidak bersuci dari kencingnya sedangkan yang lain selalu mengadu domba.” Kemudian baginda meminta sepotong pelepah kurma yang masih basah. Baginda membelahnya menjadi dua, sepotong baginda tancapkan di kubur yang satu dan sepotong di kuburan yang lain. Baginda kemudian bersabda: ‘Semoga ia boleh meringankan seksa keduanya selagi daun kurma ini belum kering.*_ ‘(HR Bukhari No: 5595) Status: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
1.  Setiap Muslim perlu memiliki akhlak yang sejahtera.
2.  Ada orang yang diseksa di alam kubur disebabkan akhlak buruk mereka semasa di dunia.
3.  Rasulullah SAW pernah mendengar dua penghuni kubur diseksa disebabkan akhlak tidak membasuh kencing dan kesalahan mengadu domba (menimbulkan permusuhan).
*Jadilah seorang yang pembersih dan sentiasa menjauhi perbuatan mengadu domba.* 
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
12hb Mac  2017

13hb Jamadil Akhir 1438H

Speak Your Mind

*