1 hari 1 hadis – perkara dilarang dlm islam

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Perkara Haram Dan Dilarang*
عَنْ وَرَّادٍ قَالَ كَتَبَ الْمُغِيرَةُ إِلَى مُعَاوِيَةَ سَلَامٌ عَلَيْكَ أَمَّا بَعْدُ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ ثَلَاثًا وَنَهَى عَنْ ثَلَاثٍ حَرَّمَ عُقُوقَ الْوَالِدِ وَوَأْدَ الْبَنَاتِ وَلَا وَهَاتِ وَنَهَى عَنْ ثَلَاثٍ قِيلَ وَقَالَ وَكَثْرَةِ السُّؤَالِ وَإِضَاعَةِ الْمَالِ
_*Dari Warrad dia berkata, ” Mughirah pernah berkirim surat kepada Mu’wiyah, “Semoga engkau mendapat keselamatan. Amma ba’du, sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mengharamkan tiga perkara dan melarang dari tiga perkara; Allah mengharamkan durhaka terhadap orang tua, menanam anak perempuan hidup-hidup dan tidak mahu memberi (infaq). Dan Allah melarang dari tiga perkara; mengatakan sesuatu yang tidak jelas sumbernya, banyak bertanya dan menyia-nyiakan harta.”*_ (HR Muslim No: 3239) Satus: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
1.  Allah mengharamkan kepada setiap Muslim :
a.  Durhaka kepada orang tua
b.  Menanam anak perempuan hidup-hidup
c.  Tidak mahu memberi (infaq).
2.  Allah melarang kepada setiap Muslim:
a.  Mengatakan sesuatu yang tidak jelas sumbernya (bercerita, forward, berkongsi sesuatu yang tidak jelas atau tiada dalil) kepada orang lain termasuk di group whatsapp, telegram mahupun FB
b.  Banyak bertanya sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat dan menyusahkan
c.  Menyia-nyiakan harta (membazir atau menggunakan ditempat yang tidak mendatangkan manfaat pahala).
*Berusahalah kita menjauhi sesuatu yang diharamkan Allah,  mengelakkan dari terlibat dengan perkara yang dilarang Allah untuk mendapat keselamatan dan keredhaan-Nya.*
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
19hb Mac  2017

20hb Jamadil Akhir 1438H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram