PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Hindari Amalan Buruk*
عَنْ وَرَّادٍ كَاتِبِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ أَنَّ مُعَاوِيَةَ كَتَبَ إِلَى الْمُغِيرَةِ أَنْ اكْتُبْ إِلَيَّ بِحَدِيثٍ سَمِعْتَهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَكَتَبَ إِلَيْهِ الْمُغِيرَةُ إِنِّي سَمِعْتُهُ يَقُولُ عِنْدَ انْصِرَافِهِ مِنْ الصَّلَاةِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ قَالَ وَكَانَ يَنْهَى عَنْ قِيلَ وَقَالَ وَكَثْرَةِ السُّؤَالِ وَإِضَاعَةِ الْمَالِ وَمَنْعٍ وَهَاتِ وَعُقُوقِ الْأُمَّهَاتِ وَوَأْدِ الْبَنَاتِ
_*Dari Warrad setiausaha Mughirah bin Syu’bah, bahawa Mu’awiyah berkirim surat kepada Mughirah “Tulislah untukku hadis yang pernah kamu dengar dari Rasulullah SAW Warrad berkata; Lantas Mughirah menjawab suratnya; “Sesungguhnya aku pernah mendengar baginda selalu mengucapkan doa selepas solat iaitu; LAA-ILAAHA ILLALLAAH, WAHDAHU LAA SYARIIKA LAHU, LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WAHUWA ‘ALAA KULLI SYAI’IN QADIIR, (Tiada sembahan yang berhak selain Allah, tiada sekutu bagi-Nya, Milik-Nya lah segala kerajaan dan bagi-Nya segala puji dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu).” Baginda mengucapkannya hingga tiga kali. Dan baginda juga melarang desas desus (gosip), banyak bertanya dan menghambur-hamburkan harta (membazir), baginda juga melarang mendurhakai ibu, menghalangi orang lain memperoleh kemanfaatan dan menanam hidup-hidup anak perempuan”*_ (HR Bukhari No: 5992) Status: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
1. Rasulullah SAW membaca wirid ini selepas solat fardhu sebanyak tiga kali:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
2. Rasulullah melarang amalan buruk yang mendatangkan dosa:
a. Khabar angin atau Gosip (rumor) yang disebarkan
b. Banyak bertanya dalam perkara yang tidak mendatangkan manfaat dan pahala
c. Boros serta membazir dalam membelanjakan harta
d. Mendurhakai ibu
e. Menghalang orang lain daripada mendapat manfaat atau kebaikan
f. Menanam anak perempuan hidup-hidup
*Moga Allah menjauhkan kita daripada perbuatan buruk dan berdosa.*
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
13hb April 2017
16hb Rejab 1438H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Speak Your Mind