PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Demam Mengampunkan Dosa*
عَنْ جَابِرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَى أُمِّ السَّائِبِ أَوْ أُمِّ الْمُسَيَّبِ فَقَالَ مَا لَكِ يَا أُمَّ السَّائِبِ أَوْ يَا أُمَّ الْمُسَيَّبِ تُزَفْزِفِينَ قَالَتْ الْحُمَّى لَا بَارَكَ اللَّهُ فِيهَا فَقَالَ لَا تَسُبِّي الْحُمَّى فَإِنَّهَا تُذْهِبُ خَطَايَا بَنِي آدَمَ كَمَا يُذْهِبُ الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ
_*Dari Jabir bin ‘Abdullah bahwa Rasulullah SAW datang berkunjung ke rumah Ummu Saib atau Ummu Musayyab, maka baginda bertanya: “Sakit apa kamu sampai menggigil begitu?” Jawab Ummu Saib; “Demam! Yang Allah Ta’ala tidak memberi barakah dengannya.” Nabi SAW bersabda: “Janganlah kamu menyalahkan penyakit, kerana penyakit itu dapat menghilangkan kesalahan (dosa-dosa) anak Adam, seperti halnya Kir (alat peniup atau penyala api) membersihkan karat-karat besi.”*_ (HR Muslim No: 4672) Status: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
1. Sihat dan sakit adalah anugerah Allah kepada setiap orang.
2. Setiap Muslim yang diuji dengan sebarang penyakit seperti demam, perlu bersabar dan reda di atas penyakit yang dihadapi.
3. Janganlah menyalahkan penyakit atau merunggut dengan penyakit yang dihidapi.
4. Ujian penyakit seperti demam, keatas anak Adam akan membersihkan dosa-dosanya seperti kir (sejenis bahan) membersihkan karat besi.
*Semoga kita sabar dan reda di atas sebarang ujian penyakit.*
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
16hb April 2017
19hb Rejab 1438H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Speak Your Mind