1 hari 1 hadis – Pengembala kambing dan solat fardhu

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Pengembala, Azan dan Solat Fardu*
عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ يَعْجَبُ رَبُّكُمْ مِنْ رَاعِي غَنَمٍ فِي رَأْسِ شَظِيَّةٍ بِجَبَلٍ يُؤَذِّنُ بِالصَّلَاةِ وَيُصَلِّي فَيَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ انْظُرُوا إِلَى عَبْدِي هَذَا يُؤَذِّنُ وَيُقِيمُ الصَّلَاةَ يَخَافُ مِنِّي قَدْ غَفَرْتُ لِعَبْدِي وَأَدْخَلْتُهُ الْجَنَّةَ
_*Dari ‘Uqbah bin ‘Amir dia berkata; saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tuhanmu kagum terhadap seorang pengembala kambing di satu tempat di lereng gunung. Ia mengumandangkan azan kemudian menunaikan solat.  Allah Azza wa Jalla berfirman; (wahai para malaikat Ku) perhatikanlah hamba-Ku ini, dia mengumandangkan azan lalu menunaikan solat kerana takut kepada-Ku, Aku mengampuni dosa hamba-Ku ini dan memasukkannya ke dalam syurga.”*_ (HR Abu Daud No: 1017) Status: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
1.  Apa juga pekerjaan kita mahupun status seseorang Muslim, apabila masuk waktu perlu bersegera menunaikan solat fardu.
2.  Apabila masuk waktu solat fardu, disyariatkan agar azan dilaungkan sebelum solat dilaksanakan walaupun bukan di masjid. 
3.  Allah mengkagumi seorang pengembala yang terpaksa mengawasi binatang ternakan di kawasan lereng bukit, apabila masuk waktu solat, dia bersungguh melaksanakan kewajipan kerana Allah dengan melaungkan azan dan menunaikan solat fardu.
4.  Allah mengampuni dosa pengembala ini akibat dari kesungguhannya menjaga perintah Allah dan Allah menempatkannya ke dalam syurga.
*Marilah kita mencontohi “pengembala” ini, walaupun kerja tidak menentu waktu dan tempat, namun kesungguhan  melaksanakan perintah Allah sentiasa dijaga. Mengumandangkan azan dan melaksanakan solat.*
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#

#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
11hb Ogos  2017

18hb Zulkaedah 1438H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram

Speak Your Mind

*