1 hari 1 hadis – binatang utk korbN

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Binatang Cacat Dilarang Untuk Ibadat Korban*
عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ رَفَعَهُ قَالَ لَا يُضَحَّى بِالْعَرْجَاءِ بَيِّنٌ ظَلَعُهَا وَلَا بِالْعَوْرَاءِ بَيِّنٌ عَوَرُهَا وَلَا بِالْمَرِيضَةِ بَيِّنٌ مَرَضُهَا وَلَا بِالْعَجْفَاءِ الَّتِي لَا تُنْقِي
_*Dari Al Bara bin Azib ia memarfu’kannya (kepada Nabi SAW), baginda bersabda: “Tidak boleh berkurban dengan kambing pincang dan jelas kepincangannya, atau kambing yang buta sebelah dan jelas butanya, atau kambing yang sakit dan jelas sakitnya, atau kurus yang tidak berdaging.”*_ (HR Tirmidzi No:1417) Status: Hasan Sahih
*Pengajaran:*
1.  Binatang anam yang terdiri daripada kambing, lembu, kerbau serta unta adalah antara binatang yang digunakan untuk ibadat korban.
2.  Binatang yang digunakan untuk ibadat korban hendaklah terdiri daripada binatang yang sihat.
3.  Tidak sah ibadat korban yang dilakukan ke atas binatang yang memiliki kecacatan yang terdiri daripada:
a.  Binatang tersebut cacat dan jelas kecacatannya seperti kakinya terpotong
b.  Binatang tersebut buta sebelah mata dan jelas butanya
c.  Binatang tersebut sakit dan jelas sakitnya seperti berkudis atau yang menyebabkan rosak kualiti dagingnya.
d.  Binatang tersebut kurus dan tidak berdaging
4.  Sebaik binatang korban adalah yang baik, sihat dan gemok serta tidak memiliki kecacatan
5.  Antara kecacatan binatang yang dimakruhkan untuk ibadat korban:
a.  Sebahagian atau keseluruhan telinganya terpotong

b.  Tanduknya pecah atau patah

c.  Ekor terputus atau sebahagiannya

d.  Gigi ompong atau tanggal gigi depannya

e.  Sudah kering air susunya
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#

#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

  

20hb Ogos  2017

27hb Zulkaedah 1438H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram