PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Jauhi Laknat Allah*
عَنْ أَبِي الطُّفَيْلِ قَالَ قُلْنَا لِعَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ أَخْبِرْنَا بِشَيْءٍ أَسَرَّهُ إِلَيْكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَا أَسَرَّ إِلَيَّ شَيْئًا كَتَمَهُ النَّاسَ وَلَكِنِّي سَمِعْتُهُ يَقُولُ لَعَنَ اللَّهُ مَنْ ذَبَحَ لِغَيْرِ اللَّهِ وَلَعَنَ اللَّهُ مَنْ آوَى مُحْدِثًا وَلَعَنَ اللَّهُ مَنْ لَعَنَ وَالِدَيْهِ وَلَعَنَ اللَّهُ مَنْ غَيَّرَ الْمَنَارَ
_*Dari Abu At-Thufail dia berkata; saya berkata kepada Ali bin Abu Thalib, “Beritahulah kepadaku sesuatu yang pernah dirahsiakan Rasulullah SAW kepadamu!” Ali menjawab, “Baginda tidak pernah merahsiakan kepadaku sesuatu pun dari manusia, akan tetapi saya mendengar baginda bersabda: “Allah melaknat orang yang menyembelih untuk selain Allah, dan melaknat orang yang melindungi tindakan kejahatan (lindungi pejahat), melaknat orang yang mencaci kedua orang tuanya, dan melaknat orang yang memindahkan tanda batas tanah.”*_ (Shahih Muslim No: 3658) Status: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
1. Rasulullah SAW tidak pernah menyembunyikan sesuatu daripada sahabat apatah lagi yang berkaitan dengan urusan agama.
2. Rasulullah SAW meninggalkan pesanan bahawa Allah melaknat empat kategori manusia:
a. Allah melaknat orang yang menyembelih bukan kerana Allah sama ada sembelihan biasa mahupun sembelihan korban. Sembelihan handaklah kerana Allah.
b. Allah melaknat orang yang melindungi tindakan kejahatan (lindungi penjahat). Dilarang melindungi mereka yang memang jahat apatah lagi membela dan mempertahankan mereka.
c. Allah melaknat orang yang mencaci kedua orang tuanya
d. Allah melaknat orang yang memindahkan batu tanda sempadan tanah
3. Jauhilah daripada mendapat kemurkaan Allah dengan menyembelih kerana Allah, tidak melindungi penjahat, sentiasa memuliakan kedua ibu bapa dan menjaga amanah harta.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
23hb Ogos 2017
01hb Zulhijjah 1438H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram