1 hari 1 hadis

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Solat Sunat Hari Raya Aktiviti Pertama*
عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ أَوَّلَ مَا نَبْدَأُ بِهِ فِي يَوْمِنَا هَذَا نُصَلِّي ثُمَّ نَرْجِعُ فَنَنْحَرُ فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدْ أَصَابَ سُنَّتَنَا وَمَنْ ذَبَحَ فَإِنَّمَا هُوَ لَحْمٌ قَدَّمَهُ لِأَهْلِهِ لَيْسَ مِنْ النُّسُكِ فِي شَيْءٍ 
_*Dari Al Barra` bin ‘Azib dia berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Pekerjaan yang mula-mula kita lakukan hari ini ialah solat. Sesudah solat, kita pulang lalu menyembelih korban. Siapa yang melakukan seperti itu, sesungguhnya dia melaksanakan sunnahku dengan tepat. Namun siapa menyembelih korban sebelum solat ied, itu hanya merupakan daging yang biasa diberikan kepada keluarganya, dan tidak merupakan korban sama sekali.”*_ (HR Muslim No: 3627) Status: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
1.  Perkara pertama yang perlu dilakukan pada pagi hari raya eidul adha ialah bersegera menuju ketempat solat sunat hari raya dilaksanakan seperti masjid, surau atau kawasan yang sesuai.
2.  Ibnu Hajar dalam Fathul Bari: Hal ini menjadi dalil bahawa setiap orang tidak boleh menyibukkan diri dengan aktiviti lain di pagi hari raya edul adha kecuali bersiap dan bersegera untuk solat sunat hari raya.
3.  Selepas solat sunat hari raya dilaksanakan, baru penyembelihan korban dijalankan seperti mana sunah yang dilaksanakan oleh Nabi SAW.
4.  Sesiapa yang menyembelih binatang korban sebelum solat sunat hari raya, ia tidak menjadi ibadah dan tidak mendapat ganjaran ibadat korban.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#

#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

  

24hb Ogos  2017

02hb Zulhijjah 1438H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram