PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Amalan Utama Hari Tasyrik*
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامٍ أَفْضَلَ مِنْهَا فِي هَذِهِ قَالُوا وَلَا الْجِهَادُ قَالَ وَلَا الْجِهَادُ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَيْء
_*Dari Ibnu ‘Abbas RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Tidak ada amal yang lebih utama pada hari-hari (tasyrik) ini selain berkorban.” Para sahabat berkata, “Tidak juga jihad?” Baginda menjawab: “Tidak juga jihad. Kecuali seseorang yang keluar dari rumahnya dengan mengorbankan diri dan hartanya (di jalan Allah), lalu dia tidak kembali lagi.”*_ (HR Bukhari No: 916) Status: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
1. Ibadah Korban adalah amalan yang lebih utama dilaksanakan oleh seorang Muslim pada hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) setiap tahun.
2. Amalan Jihad dengan mengorbankan diri dan harta di jalan Allah antara yang boleh menandingi ibadat korban seorang muslim pada musim hari raya korban.
3. Ibadah Korban pada musim hari raya Eid adha adalah suatu amal yang utama kerana ia menuntut pengorbanan wang ringgit untuk membeli harga bahagian korban.
4. Manifestasi ibadat korban memperlihatkan pengorbanan kesenangan dan keselesaan demi melaksanakan ketaatan kepada Allah.
5. Pengorbanan keselesaan demi beribadat kepada Allah ini termasuk pelaksanaan kerja dakwah dan melakukan pelbagai amal soleh.
*Berusahalah kita dengan bersungguh-sungguh dan berkorban untuk sentiasa taat kepada perintah Allah.*
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
26hb Ogos 2017
04hb Zulhijjah 1438H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram