1 hari 1 hadis- kewajipan ibadat haji

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Kewajipan Ibadah Haji*
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ
_*Dari Ibnu Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Islam dibangunkan di atas lima (tiang); bersaksi tidak ada ilah selain Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, melaksanakan haji dan berpuasa di bulan Ramadan”.*_(HR Bukhari No: 7) Status: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
1.  Islam dibangunkan atas lima  perkara iaitu rukun Islam yang terdiri daripada kalimah syahadah, Solat 5 waktu, zakat, puasa dan ibadat haji.
2.  Syahadah adalah satu pengakuan yang dilahirkan oleh perkataan yang terbit dari keyakinan hati yang terhasil dari ilmu pengetahuan tentang pengakuan keimanan kepada Allah dan RasulNya.
3.  Solat ialah melaksanakan ibadat sembahyang dengan sebaik-baiknya mengikut rukun dan peraturan dengan khusyuk berserta ikhlas dan kehadiran hati ketika melaksanakannya.
4.  Zakat adalah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang diwajibkan kepada orang yang berhak menerimanya.
5.  Berpuasa adalah menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga tenggelam matahari.
6.  Ibadat Haji adalah menunaikan segala pekerjaan ibadat di Mekah menurut peraturan yang ditetapkan kepada setiap mukalaf yang berkemampuan dan berkuasa.
7.  Kewajipan menunaikan ibadah haji adalah kepada mereka yang berkuasa mengeluarkan belanja tambang dan segala perbelanjaan lain termasuk mempunyai bekalan dan perbelanjaan yang cukup bagi saraan nafkah orang yang ditinggalkan. 
8.  Bagi pandangan Imam Ahmad Ibn Hanbal, jika seseorang memiliki lebihan harta seperti harta tak alih (i.e. rumah lebih dari satu, kenderaan lebih dari satu) atau sesuatu yang lebih daripada keperluan, maka wajib ia menjual sebahagian daripadanya untuk keperluan menunaikan haji.
9.  Barangsiapa menunda-nunda sampai lebih lima tahun, padahal sudah memiliki kemampuan, maka dia benar-benar jauh dari kebaikan.
Nabi SAW bersabda :
يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ : إِنَّ عَبْدًا أَصْحَحْتُ جِسْمَهُ وَأَوْسَعْتُ عَلَيْهِ فِى الْمَعِيشَةِ تَأْتِى عَلَيْهِ خَمْسَةُ أَعْوَامٍ لَمْ يَفِدْ إِلَىَّ لَمَحْرُومٌ
Allâh Azza wa Jalla berfirman, “Sesungguhnya seorang hamba yang telah Aku anugerahi kesihatan badan, Aku telah luaskan penghidupannya, telah lewat padanya lima tahun, (namun) dia tidak mendatangiKu (iaini: melakukan ibadah haji), dia benar-benar dicegah (dari kebaikan). (HR al-Baihaqi No : 10695) Status: Hadis Sahih
*Bersegeralah kita menyediakan kemampuan diri untuk menunaikan ibadah haji dan umrah bagi yang belum menunaikannya. Jika tidak menabung sekarang, bila lagi?.*
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#

#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

  

12hb Ogos  2017

19hb Zulkaedah 1438H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram

1 hari 1 hadis – Pengembala kambing dan solat fardhu

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Pengembala, Azan dan Solat Fardu*
عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ يَعْجَبُ رَبُّكُمْ مِنْ رَاعِي غَنَمٍ فِي رَأْسِ شَظِيَّةٍ بِجَبَلٍ يُؤَذِّنُ بِالصَّلَاةِ وَيُصَلِّي فَيَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ انْظُرُوا إِلَى عَبْدِي هَذَا يُؤَذِّنُ وَيُقِيمُ الصَّلَاةَ يَخَافُ مِنِّي قَدْ غَفَرْتُ لِعَبْدِي وَأَدْخَلْتُهُ الْجَنَّةَ
_*Dari ‘Uqbah bin ‘Amir dia berkata; saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tuhanmu kagum terhadap seorang pengembala kambing di satu tempat di lereng gunung. Ia mengumandangkan azan kemudian menunaikan solat.  Allah Azza wa Jalla berfirman; (wahai para malaikat Ku) perhatikanlah hamba-Ku ini, dia mengumandangkan azan lalu menunaikan solat kerana takut kepada-Ku, Aku mengampuni dosa hamba-Ku ini dan memasukkannya ke dalam syurga.”*_ (HR Abu Daud No: 1017) Status: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
1.  Apa juga pekerjaan kita mahupun status seseorang Muslim, apabila masuk waktu perlu bersegera menunaikan solat fardu.
2.  Apabila masuk waktu solat fardu, disyariatkan agar azan dilaungkan sebelum solat dilaksanakan walaupun bukan di masjid. 
3.  Allah mengkagumi seorang pengembala yang terpaksa mengawasi binatang ternakan di kawasan lereng bukit, apabila masuk waktu solat, dia bersungguh melaksanakan kewajipan kerana Allah dengan melaungkan azan dan menunaikan solat fardu.
4.  Allah mengampuni dosa pengembala ini akibat dari kesungguhannya menjaga perintah Allah dan Allah menempatkannya ke dalam syurga.
*Marilah kita mencontohi “pengembala” ini, walaupun kerja tidak menentu waktu dan tempat, namun kesungguhan  melaksanakan perintah Allah sentiasa dijaga. Mengumandangkan azan dan melaksanakan solat.*
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#

#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
11hb Ogos  2017

18hb Zulkaedah 1438H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram

1 hari 1 hadis – Rebut Ganjaran Muazin. 

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Rebut Ganjaran Setanding Muazin*
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَجُلًا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ الْمُؤَذِّنِينَ يَفْضُلُونَنَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُلْ كَمَا يَقُولُونَ فَإِذَا انْتَهَيْتَ فَسَلْ تُعْطَهْ
_*Dari Abdulllah bin Amru RA, bahawasanya ada seorang laki laki berkata; Wahai Rasulullah, sesungguhnya para muazzin itu mempunyai keutamaan dibandingkan kami. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Ucapkanlah seperti apa yang muazin ucapkan. Jika telah selesai, maka mohonlah kepada Allah, nescaya (permohonanmu) akan dikabulkanNya.*_ (HR Abu Daud No: 440)  Status: Hadis Hasan
*Pengajaran:*
1.  Para muazin mempunyai keistimewaan di sisi Allah di hari kiamat.
2.  Para sahabat mencemburui kelebihan yang ada pada muazin.
3.  Rasulullah SAW mengajar agar kita juga boleh memiliki keistimewaan dengan cara:
a.  Mengucapkan kalimah sepertimana lafaz muazin sebaik sahaja diucapkan dengan kadar perlahan
b.  Selepas selesai azan, berdoalah kepada Allah, nescaya doa itu akan diperkenankan Allah.
*Ayuh kita rebut ganjaran keutamaan seumpama muazin*.

 

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#

#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
10hb Ogos  2017

17hb Zulkaedah 1438H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram

Mencintai kerana Allah

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Saling Mencintai Kerana Allah Akan Dinaungi Di Hari Kiamat*
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَيْنَ الْمُتَحَابُّونَ بِجَلَالِي الْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلِّي
_*Dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat kelak: “Mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-Ku? Hari ini kunaungi mereka, di mana tidak ada naungan pada hari ini selain naungan-Ku.”*_ (HR Muslim No: 4655) Status: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
1.  Saling mengasihi dan berkasih sayang antara sesama orang beriman adalah suatu tuntutan.
2.  Dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah akan tergolong dalam salah satu golongan yang akan mendapat naungan di hari Kiamat.
3.  Ibnu Hajar rahimahullah: Dua orang yang saling mencintai di jalan Allâh, di mana ia berpisah dan berkumpul kerana-Nya, yaitu apabila keduanya saling mencintai kerana agama, bukan kerana yang lainnya. Cinta kerana agama ini tidak putus kerana dunia, baik dia berkumpul secara hakiki atau tidak, sampai kematian memisahkan keduanya.
4.  Seorang lelaki yang mencintai lelaki lain kerana Allah begitu juga wanita yang menyayangi wanita lain kerana Allah, dianjurkan  oleh Rasûlullâh SAW agar kita memberitahu kepadanya. Sebagaimana yang disebutkan dalam hadis  dengan lafaz:
إِنِّي أُحِبُّكَ فِي اللهِ
Sesungguhnya aku cinta kepadamu kerana Allâh 
Kemudian balaslah ucapan tersebut dengan lafaz:
أَحَبَّكَ الَّذِي أَحْبَبْتَنِي لَهُ
Mudah-mudahan Allâh mencintaimu yang telah mencintaiku kerana-Nya.
*Moga kita tergolong dalam golongan yang mendapat naungan di hari akhirat nanti dengan saling menyayangi sahabat kita semata-mata kerana Allah.*
#Semarak Ukhwah Memacu Perubahan#

#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
26hb Julai  2017

02hb Zulkaedah 1438H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram

1 hari 1 hadis- Malaikat mendoakan yg sama

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Malaikat Mendoakan Yang Sama*  
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ
_*Dari Abi Darda RA, Rasulullah SAW bersabda: ‘Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan, melainkan malaikat akan mendoakannya pula: ‘Dan bagimu kebaikan yang sama.’*_ (HR Muslim No: 4912) Status: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
1.  Antara adab persaudaraan dan menjaga ukhuwah sesama Muslim ialah mendoakan kebaikan kepada sahabat kita.
2.  Mereka yang mendoakan sahabatnya ketika berjauhan @ tidak ada di sisinya, malaikat juga akan mendoakan kebaikan yang sama untuknya.
3.  Doa seseorang kepada sahabatnya ketika berjauhan tidak akan tertolak. Sepertimana hadis Rasulullah SAW:
دُعَاءُ الأخِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الغَيبِ لايُرَدُّ
“Doa seseorang kepada saudaranya yang tidak ada disisinya, tidak akan tertolak” (HR Al-Bazzar: 500)
*Marilah kita mendoakan sahabat kita dengan kebaikan. Moga malaikat juga mendoakan yang sama untuk kita.*
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#

#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
19hb Julai  2017

25hb Syawal 1438H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram

Bersahur dengan kurma

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Sahur Dengan Kurma Kering*
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ نِعْمَ سَحُورُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ
_*Dari Abu Hurairah, dari Nabi SAW baginda bersabda: Sebaik-baik makanan ketika seseorang mukmin bersahur adalah tamar (kurma kering).”*_ (Hadis Riwayat Abu Daud, 6/290, no. 1998. Shahih Ibnu Hibban, 8/253, no. 3475) Status: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
1.  Bersahur adalah sunnah Rasulullah
2.  Sebaik-baik makanan untuk bersahur adalah kurma kering
3.  Kurma merupakan makanan paling kaya kandungan gula glukosa sekitar 55% gula dalam kurma berbentuk glukosa, sedangkan 45% lagi membentuk fruktosa.
4.  Glukosa dalam kurma akan cepat berubah menjadi fructosa, kemudian diserap melalui sistem pencernaan untuk menjadi tenaga. Khususnya jaringan yang perlu tinggi energi, seperti: sel-sel otak, sel-sel saraf, sel-sel darah merah dan sel-sel tulang belakang.
5.  Selain glukosa, kurma juga mengandung sejumlah lemak, protein, dan beberapa vitamin seperti vitamin A, B2, B12. Kurma mengandung beberapa mineral, terutama kalsium, sulfat, sodium, fosfor, potassium, magnesium, florin, kuningan, manganese, cobalt, zinc, serta sejumlah selulosa
*Ayuh jangan tinggalkan kurma kering ketika sahur.*
#Semarak Ibadah Memacu Perubahan#

#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
03hb Jun  2017

08hb Ramadan 1438H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram

1 hari 1 hadis- Pahala berterusan

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Pahala Berterusan Walaupun Sakit dan Musafir*
أَبَا بُرْدَةَ بْنَ أَبِي مُوسَى وَاصْطَحَبَ هُوَ وَيَزِيدُ بْنُ أَبِي كَبْشَةَ فِي سَفَرٍ وَكَانَ يَزِيدُ يَصُومُ فَقَالَ لَهُ أَبُو بُرْدَةَ سَمِعْتُ أَبَا مُوسَى مِرَارًا يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا
_*Abu Burdah bin Abu Musa bahwa ia menemani Yazid bin Abu Kasyabah dalam suatu perjalanan, dan pada waktu itu Yazid sedang berpuasa. Abu Burdah berkata kepadanya; Saya berkali-kali mendengar Abu Musa berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang hamba sakit atau dalam menempuh perjalanan, maka dicatat baginya pahala kebaikan sebagaimana ketika ia bermukim dan dalam keadaan sihat.”*_ (HR Ahmad No: 18848) Status: Isnad Tsiqah
*Pengajaran:*
1.  Laksanakan amal ibadah setiap masa khususnya ketika  kita sihat dan bermukim 
2.  Orang yang sakit, walaupun tidak dapat mengerjakan amal solleh seperti mana ketika dia sihat, dia akan tetap mendapat ganjaran pahala jika semasa dia sihat, dia melaksanakan amal tersebut. (contohnya semasa dia sihat, setiap magrib dia ke masjid dan mendengar kuliah – waktu dia sakit, tidak dapat menghadirinya – Malaikat tetap mencatat ganjaran pahala seolah-olah dia hadir)
3.  Allah juga memberi ganjaran yang sama kepada orang yang bermusafir. Contohnya  amalan puasa sunat yang dilakukan semasa tidak bermusafir. Ketika dia bermusafir, dia tidak berpuasa. Dia turut mendapat pahala puasa tersebut.
*Marilah kita laksanakan amal solleh semasa kita sihat dan tidak kemana-mana. Moga Allah memberikan ganjaran yang sama walaupun kita tidak dapat laksanakan semasa kita sakit dan bermusafir.*
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
17hb April  2017

20hb Rejab 1438H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram

1 hari 1 hadis – sakit penghapus dosa

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Demam Mengampunkan Dosa*
عَنْ جَابِرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَى أُمِّ السَّائِبِ أَوْ أُمِّ الْمُسَيَّبِ فَقَالَ مَا لَكِ يَا أُمَّ السَّائِبِ أَوْ يَا أُمَّ الْمُسَيَّبِ تُزَفْزِفِينَ قَالَتْ الْحُمَّى لَا بَارَكَ اللَّهُ فِيهَا فَقَالَ لَا تَسُبِّي الْحُمَّى فَإِنَّهَا تُذْهِبُ خَطَايَا بَنِي آدَمَ كَمَا يُذْهِبُ الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ
_*Dari Jabir bin ‘Abdullah bahwa Rasulullah SAW datang berkunjung ke rumah Ummu Saib atau Ummu Musayyab, maka baginda bertanya: “Sakit apa kamu sampai menggigil begitu?” Jawab Ummu Saib; “Demam! Yang Allah Ta’ala tidak memberi barakah dengannya.” Nabi SAW bersabda: “Janganlah kamu menyalahkan penyakit, kerana penyakit itu dapat menghilangkan kesalahan (dosa-dosa) anak Adam, seperti halnya Kir (alat peniup atau penyala api) membersihkan karat-karat besi.”*_ (HR Muslim No: 4672) Status: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
1.  Sihat dan sakit adalah anugerah Allah kepada setiap orang.
2.  Setiap Muslim yang diuji dengan sebarang penyakit seperti demam, perlu bersabar dan reda di atas penyakit yang dihadapi.
3.  Janganlah menyalahkan penyakit atau merunggut dengan penyakit yang dihidapi.
4.  Ujian penyakit seperti demam, keatas anak Adam akan membersihkan dosa-dosanya seperti kir (sejenis bahan) membersihkan karat besi. 
*Semoga kita sabar dan  reda di atas sebarang ujian penyakit.*
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
16hb April  2017

19hb Rejab 1438H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram

1 hari 1 hadis- Allah mengangkat darjat manusia

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Penyakit Mengangkat Darjat dan Menghapus Dosa
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ شَوْكَةٍ فَمَا فَوْقَهَا إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً أَوْ حَطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةً

 

Dari ‘Aisyah dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada satupun musibah (cobaan) yang menimpa seorang muslim berupa duri atau yang semisalnya, melainkan dengannya Allah akan mengangkat darjatnya atau menghapus kesalahannya.” (HR Muslim No: 4665) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.  Islam mengajar umatnya bersabar diatas setiap ujian yang dilaluinya.
2. Allah mendatangkan ujian kepada seseorang dalam pelbagai bentuk antaranya kesakitan, untuk mengangkat darjat atau kedudukan seseorang di sisi Allah
3.  Allah mendatangkan musibah atau ujian dalam bentuk kesakitan juga bertujuan untuk menghapuskan dosa seseorang.
4.  Orang yang ditimpa musibah seperti penyakit, akan digugurkan segala dosa seperti dedaun berguguran kecuali dosa besar seperti dosa syirik 
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُصِيبُهُ أَذًى شَوْكَةٌ فَمَا فَوْقَهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا سَيِّئَاتِهِ كَمَا تَحُطُّ الشَّجَرَةُ وَرَقَهَا
Tidaklah seorang muslim yang tertimpa suatu musibah (penyakit) atau yang lain, melainkan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya sebagaimana pohon menggugurkan dedaunannya.” (HR Bukhari No: 5216) Status Hadis Sahih
Moga kita bersabar dengan setiap ujian musibah mahupun penyakit
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
14hb April  2017

17hb Rejab 1438H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila bklik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram

1 hari 1 hadis – Jadilah org yg diredhai Allah

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Jadilah Orang Yang Diredhai Allah Bukan Dibenci*
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ يَرْضَى لَكُمْ ثَلَاثًا وَيَسْخَطُ لَكُمْ ثَلَاثًا يَرْضَى لَكُمْ أَنْ تَعْبُدُوهُ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَأَنْ تَعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَأَنْ تُنَاصِحُوا مَنْ وَلَّاهُ اللَّهُ أَمْرَكُمْ وَيَسْخَطُ لَكُمْ قِيلَ وَقَالَ وَإِضَاعَةَ الْمَالِ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ
_*Dari Abu Hurairah berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah meredhai kalian dalam tiga perkara dan benci kepada kalian dalam tiga perkara. Allah meredhai kalian jika kalian beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu, jika kalian berpegang teguh kepada agamanya  dan tidak berpecah belah dan, jika kalian saling nasihat menasihati  kepada orang yang diserahkan kepadanya urusanmu.  Dan Allah membenci kalian dari sikap percaya kepada khabar yang tidak tentu sumbernya, banyak bertanya (tentang perkara yang tidak perlu) dan memboroskan harta”.*_ (HR Ahmad No: 8444) Status: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
1.  Allah meredhai seseorang apabila ia melakukan tiga perkara:
a.  Beribadah kepada  Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu
b.  Berpegang teguh kepada agama-Nya  dan tidak berpecah belah 
c.  Saling nasihat menasihati  dalam melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah. 
2.   Allah membenci seseorang apabila ia memiliki tiga perkara:
a.  Percaya kepada khabar, maklumat atau info yang tidak tentu sumbernya sama ada dalam bentuk pertuturan mahupun tulisan. 
b.  Banyak bertanya (tentang perkara yang tidak perlu) sehingga menyusahkan orang lain untuk beramal
c.  Membazir atau boros dalam membelanjakan harta
*Berusahalah menjadi hamba yang diredhai bukan dibenci.*
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
12hb April  2017

15hb Rejab 1438H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram