1 hari 1 hadis- Hindari Amalan Buruk

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Hindari Amalan Buruk*
عَنْ وَرَّادٍ كَاتِبِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ أَنَّ مُعَاوِيَةَ كَتَبَ إِلَى الْمُغِيرَةِ أَنْ اكْتُبْ إِلَيَّ بِحَدِيثٍ سَمِعْتَهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَكَتَبَ إِلَيْهِ الْمُغِيرَةُ إِنِّي سَمِعْتُهُ يَقُولُ عِنْدَ انْصِرَافِهِ مِنْ الصَّلَاةِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ قَالَ وَكَانَ يَنْهَى عَنْ قِيلَ وَقَالَ وَكَثْرَةِ السُّؤَالِ وَإِضَاعَةِ الْمَالِ وَمَنْعٍ وَهَاتِ وَعُقُوقِ الْأُمَّهَاتِ وَوَأْدِ الْبَنَاتِ
_*Dari Warrad setiausaha Mughirah bin Syu’bah, bahawa Mu’awiyah berkirim surat kepada Mughirah “Tulislah untukku hadis yang pernah kamu dengar dari Rasulullah SAW Warrad berkata; Lantas Mughirah menjawab suratnya; “Sesungguhnya aku pernah mendengar baginda  selalu mengucapkan doa selepas solat iaitu; LAA-ILAAHA ILLALLAAH, WAHDAHU LAA SYARIIKA LAHU, LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WAHUWA ‘ALAA KULLI SYAI’IN QADIIR, (Tiada sembahan yang berhak selain Allah, tiada sekutu bagi-Nya, Milik-Nya lah segala kerajaan dan bagi-Nya segala puji dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu).” Baginda mengucapkannya hingga tiga kali. Dan baginda juga melarang desas desus (gosip), banyak bertanya dan menghambur-hamburkan harta (membazir), baginda juga melarang mendurhakai ibu, menghalangi orang lain memperoleh kemanfaatan dan menanam hidup-hidup anak perempuan”*_ (HR Bukhari No: 5992) Status: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
1.  Rasulullah SAW membaca wirid ini selepas solat fardhu sebanyak tiga kali:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
2.  Rasulullah melarang amalan buruk yang mendatangkan dosa:
a.  Khabar angin atau Gosip (rumor) yang disebarkan  
b.  Banyak bertanya  dalam perkara yang tidak mendatangkan manfaat dan pahala
c.  Boros serta membazir dalam membelanjakan harta 
d.  Mendurhakai ibu
e.  Menghalang orang lain daripada mendapat manfaat atau kebaikan
f.  Menanam anak perempuan hidup-hidup 
*Moga Allah menjauhkan kita daripada perbuatan buruk dan berdosa.*
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
13hb April  2017

16hb Rejab 1438H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram

1 hari 1 hadis – Dosa org yg memulakan celaan

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Dosa Orang Yang Memulakan Celaan*
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُسْتَبَّانِ مَا قَالَا فَعَلَى الْبَادِئِ مَا لَمْ يَعْتَدِ الْمَظْلُومُ
_*Dari Abu Hurairah, dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Dua orang yang saling mencela, maka dosanya atas orang yang memulainya terlebih dahulu selama yang dizalimi tidak membalasnya.”*_ (HR Ahmad No: 6907) Status: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
1.  Islam melarang perbuatan menghina dan mencela sesama Islam.
2.  Dua orang yang saling mencela, maka dosa perbuatan tersebut ke atas orang yang memulakan celaan terlebih dahulu selama orang yang dicela tidak membalasnya.
3.  Bersabar dengan celaan dan hinaan orang lain akan mendatangkan ganjaran pahala.
*Jom bersifat RAHMAH. Jangan menjadi orang yang berdosa kerana mencela dan menghina orang lain.*
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
01hb April  2017

04hb Rejab 1438H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram

1 hari 1 hadis- larangan berdusta

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Larangan Berdusta*
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَصْدُقُ حَتَّى يَكُونَ صِدِّيقًا وَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا
_*Dari Abdullah RA dari Nabi SAW baginda bersabda: “Sesungguhnya kejujuran akan membimbing pada kebaikan, dan kebaikan itu akan membimbing ke syurga, sesungguhnya jika seseorang yang sentiasa berlaku jujur hingga ia akan dicatat sebagai orang yang jujur. Dan sesungguhnya kedustaan itu akan menghantar kepada kejahatan, dan sesungguhnya kejahatan itu akan mengiringi ke neraka. Dan sesungguhnya jika seseorang yang selalu berdusta sehingga akan dicatat baginya sebagai seorang pendusta.”*_ (HR Bukhari No: 5629) Status: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
1.  Setiap Muslim dituntut memiliki sifat kejujuran dalam setiap amal dan perbuatan.
2.  Orang yang jujur akan sentiasa melakukan kebaikan dan amal soleh.
3.  Sifat jujur yang dimiliki secara berterusan akan menjadi tabiat kebiasaan yang akhirnya membentuk akhlak kepada seseorang
4.  Sifat jujur akan menjadi pemandu dan pembimbing seseorang Muslim di dunia menjadi orang yang soleh dan menuju ke syurga.
5.  Sifat dusta dan berbohong yang dimiliki akan mendorong seseorang kepada kejahatan.
6.  Sifat dusta dan bohong yang menjadi kebiasaan secara berterusan kepada seseorang, akhirnya akan membentuk tabiat dan akhlak yang buruk.
7.  Sifat dusta akan menjadi pemandu dan pembimbing seseorang ke neraka. Firman Allah:
إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي مَنْ هُوَ مُسْرِفٌ كَذَّابٌ
Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepda orang-orang yang melampaui batas lagi pendusta (Mukmin: 28).
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
21hb Mac 2017

22hb Jamadil Akhir 1438H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram

1 hari 1 hadis – perkara dilarang dlm islam

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Perkara Haram Dan Dilarang*
عَنْ وَرَّادٍ قَالَ كَتَبَ الْمُغِيرَةُ إِلَى مُعَاوِيَةَ سَلَامٌ عَلَيْكَ أَمَّا بَعْدُ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ ثَلَاثًا وَنَهَى عَنْ ثَلَاثٍ حَرَّمَ عُقُوقَ الْوَالِدِ وَوَأْدَ الْبَنَاتِ وَلَا وَهَاتِ وَنَهَى عَنْ ثَلَاثٍ قِيلَ وَقَالَ وَكَثْرَةِ السُّؤَالِ وَإِضَاعَةِ الْمَالِ
_*Dari Warrad dia berkata, ” Mughirah pernah berkirim surat kepada Mu’wiyah, “Semoga engkau mendapat keselamatan. Amma ba’du, sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mengharamkan tiga perkara dan melarang dari tiga perkara; Allah mengharamkan durhaka terhadap orang tua, menanam anak perempuan hidup-hidup dan tidak mahu memberi (infaq). Dan Allah melarang dari tiga perkara; mengatakan sesuatu yang tidak jelas sumbernya, banyak bertanya dan menyia-nyiakan harta.”*_ (HR Muslim No: 3239) Satus: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
1.  Allah mengharamkan kepada setiap Muslim :
a.  Durhaka kepada orang tua
b.  Menanam anak perempuan hidup-hidup
c.  Tidak mahu memberi (infaq).
2.  Allah melarang kepada setiap Muslim:
a.  Mengatakan sesuatu yang tidak jelas sumbernya (bercerita, forward, berkongsi sesuatu yang tidak jelas atau tiada dalil) kepada orang lain termasuk di group whatsapp, telegram mahupun FB
b.  Banyak bertanya sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat dan menyusahkan
c.  Menyia-nyiakan harta (membazir atau menggunakan ditempat yang tidak mendatangkan manfaat pahala).
*Berusahalah kita menjauhi sesuatu yang diharamkan Allah,  mengelakkan dari terlibat dengan perkara yang dilarang Allah untuk mendapat keselamatan dan keredhaan-Nya.*
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
19hb Mac  2017

20hb Jamadil Akhir 1438H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram

7871 hari 1 hadis – keutamaan menziarahi sahabat

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Keutamaan Menziarahi Kerabat @ Sahabat*
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَجُلًا زَارَ أَخًا لَهُ فِي قَرْيَةٍ أُخْرَى فَأَرْصَدَ اللَّهُ لَهُ عَلَى مَدْرَجَتِهِ مَلَكًا فَلَمَّا أَتَى عَلَيْهِ قَالَ أَيْنَ تُرِيدُ قَالَ أُرِيدُ أَخًا لِي فِي هَذِهِ الْقَرْيَةِ قَالَ هَلْ لَكَ عَلَيْهِ مِنْ نِعْمَةٍ تَرُبُّهَا قَالَ لَا غَيْرَ أَنِّي أَحْبَبْتُهُ فِي اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ قَالَ فَإِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكَ بِأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَبَّكَ كَمَا أَحْبَبْتَهُ فِيهِ
_*Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, “Pada suatu ketika ada seorang lelaki yang mengunjungi saudaranya di kampung lain. Kemudian Allah pun mengutus malaikat untuk menemui orang tersebut. Ketika orang itu ditengah perjalanannya ke kampung yang dituju, maka malaikat tersebut bertanya; ‘Hendak pergi ke mana kamu? ‘ Orang itu menjawab; ‘Saya ingin menjenguk saudara saya yang berada di kampung lain.’ Malaikat itu terus bertanya kepadanya; ‘Apakah kamu mempunyai satu perkara yang menguntungkan dengannya? ‘ Laki-laki itu menjawab; ‘Tidak, saya hanya mencintainya kerana Allah Azza wa Jalla.’ Akhirnya malaikat itu berkata; ‘Sesungguhnya aku ini adalah malaikat utusan yang diutus untuk memberitahu kepadamu bahwasanya Allah akan senantiasa mencintaimu sebagaimana kamu mencintai saudaramu kerana Allah.’*_ (HR Muslim No: 4656) : Status: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
1.  Mengasihi orang lain dengan sifat rahmah sama ada kerabat ataupun sesama Muslim adalah suatu tuntutan.
2.  Salah satu cara cinta dan mengasihi sahabat ialah dengan menziarahi mereka.
3.  Allah mengasihi dan mencintai seseorang yang menziarahi saudaranya semata-mata kerana cinta dan kasih kerana Allah.
*Marilah kita merapatkan silaturahim sesama kerabat dan mengukuhkan ukhuwah sesama kita antaranya dengan saling menziarahì dan bertanya khabar.*
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
14hb Mac  2017

15hb Jamadil Akhir 1438H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram

Bahaya memuji org berlebihan

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Bahaya Memuji Orang Berlebihan*
عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرَةَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَجُلًا ذُكِرَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَثْنَى عَلَيْهِ رَجُلٌ خَيْرًا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيْحَكَ قَطَعْتَ عُنُقَ صَاحِبِكَ يَقُولُهُ مِرَارًا إِنْ كَانَ أَحَدُكُمْ مَادِحًا لَا مَحَالَةَ فَلْيَقُلْ أَحْسِبُ كَذَا وَكَذَا إِنْ كَانَ يُرَى أَنَّهُ كَذَلِكَ وَحَسِيبُهُ اللَّهُ وَلَا يُزَكِّي عَلَى اللَّهِ أَحَدًا
_*Dari Abdurrahman bin Abu Bakrah dari Ayahnya bahwa seorang laki-laki disebut-sebut disamping Nabi SAW, lalu laki-laki lain memuji kebaikan laki-laki tersebut, lalu Nabi SAW bersabda: “Celaka kamu, kamu telah memenggal leher saudaramu.” Baginda  mengatakannya berulang-ulang. Baginda berkata, Jika salah seorang dari kalian ingin memuji temannya, hendaklah ia mengucapkan: ‘Aku kira fulan seperti ini dan itu, walaupun jika diperhatikan ia memang seperti itu.  Cukuplah Allah  yang menentukan kebaikannya dan janganlah mendahului Allah dalam memuji orang.”*_ (HR Bukhari No: 5601) Status: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
1.  Memuji kebaikan yang ada pada seseorang tidaklah dilarang secara mutlak. Namun Rasulullah menegur dengan keras orang yang memuji orang lain dengan:
a.  Pujian yang berlebihan
b.  Pujian yang mengandung sifat yang tidak ada pada diri orang yang dipuji.
c.  Pujian yang menimbulkan fitnah (timbul ujub,  menyombongkan diri) pada orang yang dipuji terutama apabila dipuji dihadapannya.
2.  Rasulullah memberi teguran keras kepada orang yang memuji orang lain yang disetarakan dengan memenggal leher kawan tersebut kerana bimbang terjerumus seperti  ummat terdahulu, khususnya kaum Yahudi dan Nasrani yang memuji sehingga menyamakan dengan sifat Allah (syirik yang merupakan dosa besar).
3.  Amal yang kita lakukan adalah ikhlas untuk mencari redha Allah bukan pujian manusia. Dzun Nuun menyebutkan tiga tanda ikhlas:
a.  Tetap merasa sama antara pujian dan celaan orang lain.
b.  Melupakan amalan kebajikan yang dulu pernah diperbuat.
c.  Mengharap balasan dari amalan di akhirat (dan bukan di dunia).
(At Tibyan fi Adabi Hamalatil Qur’an, An Nawawi 1426 H)
4.  Jika kita dipuji orang, berdoalah seperti doa Abu Bakar RA apabila menerima pujian: 
*اللَّهُمَّ أَنْتَ أَعْلَمُ مِنِّى بِنَفْسِى وَأَنَا أَعْلَمُ بِنَفْسِى مِنْهُمْ اللَّهُمَّ اجْعَلْنِى خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّوْنَ وَاغْفِرْ لِى مَا لاَ يَعْلَمُوْنَ وَلاَ تُؤَاخِذْنِى بِمَا يَقُوْلُوْنَ*
 Ya Allah, Engkau lebih mengetahui keadaan diriku daripada diriku sendiri dan aku lebih mengetahui keadaan diriku daripada mereka yang memujiku. Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik dari yang mereka sangkakan, ampunilah aku terhadap apa yang mereka tidak ketahui dariku, dan janganlah menyiksaku dengan perkataan mereka. 
( Diriwayatkan oleh Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman, 4/228, no.4876)
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
13hb Mac  2017

14hb Jamadil Akhir 1438H

1 hari 1 hadis- seksaan alam kubur

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Diseksa Di alam Kubur* 
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ خَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ بَعْضِ حِيطَانِ الْمَدِينَةِ فَسَمِعَ صَوْتَ إِنْسَانَيْنِ يُعَذَّبَانِ فِي قُبُورِهِمَا فَقَالَ يُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ وَإِنَّهُ لَكَبِيرٌ كَانَ أَحَدُهُمَا لَا يَسْتَتِرُ مِنْ الْبَوْلِ وَكَانَ الْآخَرُ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ ثُمَّ دَعَا بِجَرِيدَةٍ فَكَسَرَهَا بِكِسْرَتَيْنِ أَوْ ثِنْتَيْنِ فَجَعَلَ كِسْرَةً فِي قَبْرِ هَذَا وَكِسْرَةً فِي قَبْرِ هَذَا فَقَالَ لَعَلَّهُ يُخَفَّفُ عَنْهُمَا مَا لَمْ يَيْبَسَا
_*Dari Ibnu Abbas RA dia berkata; Nabi SAW pernah keluar dari salah satu kebun yang ada di Madinah, lalu baginda mendengar suara dua orang yang sedang di seksa di kuburnya, setelah itu baginda bersabda: “Tidaklah keduanya diseksa kerana dosa besar namun hal itu adalah perkara yang besar, salah satu darinya adalah tidak bersuci dari kencingnya sedangkan yang lain selalu mengadu domba.” Kemudian baginda meminta sepotong pelepah kurma yang masih basah. Baginda membelahnya menjadi dua, sepotong baginda tancapkan di kubur yang satu dan sepotong di kuburan yang lain. Baginda kemudian bersabda: ‘Semoga ia boleh meringankan seksa keduanya selagi daun kurma ini belum kering.*_ ‘(HR Bukhari No: 5595) Status: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
1.  Setiap Muslim perlu memiliki akhlak yang sejahtera.
2.  Ada orang yang diseksa di alam kubur disebabkan akhlak buruk mereka semasa di dunia.
3.  Rasulullah SAW pernah mendengar dua penghuni kubur diseksa disebabkan akhlak tidak membasuh kencing dan kesalahan mengadu domba (menimbulkan permusuhan).
*Jadilah seorang yang pembersih dan sentiasa menjauhi perbuatan mengadu domba.* 
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
12hb Mac  2017

13hb Jamadil Akhir 1438H

1 hari 1 hadis – Pengadu domba.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Pengadu Domba Tidak Masuk Syurga*
عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ
_*Dari Hudzaifah RA berkata, “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan masuk syurga orang yang suka mengadu domba’.”*_ (HR Muslim No: 151) Status: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
1.  Setiap Muslim perlu memperlihatkan akhlak mulia  dan saling mengasihi.
2.  Muslim dilarang menjadi pengadu domba, penghasut dan berperanan mencerai beraikan hubungan ukhwah sesama Muslim.
3.  Tidak akan masuk syurga orang yang menjadi pemfitnah dan pengadu domba.
Jadilah kita orang yang menyembunyikan aib saudaranya, bukan pengadu domba.
Berusahalah mengeratkan hubungan ukhwah sesama kita.
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
11hb Mac  2017

12hb Jamadil Akhir 1438H

1 hari 1 hadis – setiap kebaikan itu adalah sedekah

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Setiap Kebaikan Adalah Sedekah
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ مَعْرُوفٍ صَدَقَةٌ وَإِنَّ مِنْ الْمَعْرُوفِ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ وَأَنْ تُفْرِغَ مِنْ دَلْوِكَ فِي إِنَاءِ أَخِيكَ
Dari Jabir bin Abdullah ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Setiap kebaikan adalah sedekah. Dan di antara bentuk kebaikan adalah kamu menjumpai saudaramu dengan wajah yang menyenangkan. Dan kamu menuangkan air dari baldimu ke dalam bejana milik saudaramu.” (HR Tirmizi No: 1893) Status: Hadis Hasan Sahih 
Pengajaran:
1.  Setiap kebaikan yang dilakukan walau sekecil mana ia adalah sedekah dan mendatangkan pahala

2.  Sedekah mencakupi aspek harta,  tenaga, usaha dan, tindakan yang telus dan ikhlas dalam usaha melebarkan manfaat buat diri, masyarakat dan makhluk alam yang lain. 
3.  Antara bentuk kebaikan apabila seseorang berwajah ceria dan memberikan senyuman kepada sahabat yang ditemui. 
4.  Menolong orang lain dengan menuangkan air dari bekas miliknya ke dalam bekas milik saudaranya,  itu juga sedekah
Lakukanlah kebaikan semampu kita. Moga ia menjadi pahala diakhirat.
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
06hb Mac  2017

07hb Jamadil Akhir 1438H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram

1 hari 1 hadis 

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Kekayaan dan Kebahagiaan Jiwa* 
فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا بَأْسَ بِالْغِنَى لِمَنْ اتَّقَى وَالصِّحَّةُ لِمَنْ اتَّقَى خَيْرٌ مِنْ الْغِنَى وَطِيبُ النَّفْسِ مِنْ النَّعِيمِ
_*Rasulullah SAW bersabda: “Tidak mengapa kekayaan bagi orang yang bertakwa kepada Allah dan kesihatan bagi orang yang bertakwa kepada Allah itu lebih baik (dari kekayaan) dan kebahagiaan jiwa itu termasuk sebahagian dari kenikmatan.”*_ (HR Ahmad No:  22144)  Status: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
1.  Kekayaan yang dimiliki oleh seseorang tidak tercela asalkan ia diurus dengan cara yang bertakwa.
2. Pemilik yang bertakwa akan memastikan sumber hartanya bersih lagi halal disamping menunaikan hak terhadap harta yang dimiliki. 
3.  Orang kaya yang dicela apabila ia tidak menunaikan hak harta dan tidak pernah merasa cukup dengan apa yang dimiliki.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ قَدْ أَفْلَحَ مَنْ أَسْلَمَ وَرُزِقَ كَفَافًا وَقَنَّعَهُ اللَّهُ بِمَا آتَاهُ
Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, Rasulullah  bersabda, “Sesungguhnya sangat beruntung orang yang telah masuk Islam, diberikan rezeki yang cukup dan Allah menjadikannya merasa puas (qanaah) dengan apa yang diberikan kepadanya.” (HR Muslim no: 1746)
4.  Kesihatan yang dimiliki oleh orang yang bertakwa kepada Allah itu lebih baik dari harta kekayaan. Kesihatan yang dimiliki tidak boleh ditukar dengan wang ringgit dan harta.
5.  Kebahagiaan jiwa (ketenangan, ketenteraman dan kelapangan) merupakan sebahagian dari kekayaan  kenikmatan hidup. 
6. Memiliki wang ringgit dan kekayaan harta belum menjamin ketenangan jiwa.
*Biar berharta, asalkan memiliki sifat qanaah (merasa cukup) dan sentiasa bersyukur dengan menunaikan hak-hak harta serta jiwa pemilik harta sentiasa merasa tenang dan bahagia.* 
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
05hb Mac  2017

06hb Jamadil Akhir 1438H