1 hari 1 hadis – Harta

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Harta Yang Baik Pada Orang Yang Baik*
عَنْ عَمْرَو بْنَ الْعَاصِ يَقُولُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا عَمْرُو نِعْمَ الْمَالُ الصَّالِحُ لِلْمَرْءِ الصَّالِحِ
_*Dari Amru bin Ash berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Amru, sebaik-baik harta adalah harta yang dimiliki oleh hamba yang Soleh.”*_ (HR Ahmad No: 17096) Status: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
1.  Orang yang soleh ialah yang sentiasa menunaikan hak-hak Allah dan hak sesama manusia.
2.  Harta yang baik yang dimiliki oleh orang yang soleh, adalah harta yang dimanfaatkan untuk maslahah dunia dan akhirat. Ada yang digunakan untuk keperluan diri, ada yang digunakan untuk zakat, sedekah dan sumbangan pada jalan Allah.
3.  Sebaik-baik harta adalah yang dikelolakan oleh orang yang soleh.
4.  Harta yang tidak digunakan untuk kebaikan dan tidak ditunaikan hak harta, akan hilang keberkahannya.
عَنْ أَسْمَاءَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَنْفِقِي وَلَا تُحْصِي فَيُحْصِيَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَلَا تُوعِي فَيُوعِيَ اللَّهُ عَلَيْكِ
Dari Asma’ bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Berinfaklah hartamu. Janganlah engkau menghitung-hitungnya (menyimpan tanpa bersedekah). Jika tidak, maka Allah akan menghilangkan barakah rezeki tersebut. Janganlah menghalangi anugerah Allah untukmu. Jika tidak, maka Allah akan menahan anugerah dan kemurahan untukmu.” (HR Bukhari No: 2402)
5.  Milikilah harta semampu yang boleh melalui cara yang halal asalkan kita bertakwa dan memiliki sifat qanaah.
*Semoga kita menjadi sebaik-baik pemilik harta. Tunaikan hak harta yang dimiliki.*
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
04hb Mac  2017

05hb Jamadil Akhir 1438H

1 hari 1 hadis

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*3 Perkara Diharam 3 Perkara Dibenci Allah*
عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ حَرَّمَ عَلَيْكُمْ عُقُوقَ الْأُمَّهَاتِ وَوَأْدَ الْبَنَاتِ وَمَنْعًا وَهَاتِ وَكَرِهَ لَكُمْ ثَلَاثًا قِيلَ وَقَالَ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ وَإِضَاعَةَ الْمَالِ
_*Dari Mughirah bin Syu’bah dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah ‘azza wajalla mengharamkan kalian menderhakai seorang ibu, mengubur anak perempuan hidup-hidup, dan tidak suka memberi dan suka meminta-minta. Dan membenci atasmu tiga perkara; mengatakan sesuatu yang tidak jelas sumbernya, banyak bertanya dan menyia-nyiakan harta.”*_ (HR Muslim No 3237) Status: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
*Seorang Muslim diharamkan melakukan tiga perkara:*
a.  Derhaka kepada ibu
b.  Menanam anak perempuan hidup-hidup
c.  Tidak suka memberi (bakhil, sombong & tidak menunaikan hak harta seperti zakat, sedekah) dan suka meminta-minta
*Allah benci tiga sifat jika dilakukan oleh seorang Muslim:*
a.  Mengatakan sesuatu yang tidak jelas sumbernya (sekadar copy & paste) @ suka forward tanpa disahkan kebenarannya.
b.  Banyak bertanya (bertanya pada perkara yang tidak perlu dan mendatangkan kesukaran kepadanya).
c.  Menyia-nyiakan harta (boros dan membazir).
*Jauhilah sifat buruk dan akhlak keji dalam hidup kita.*
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
03hb Mac  2017

04hb Jamadil Akhir 1438H

1 hari 1 hadis – ahlak yg baik

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Bertakwa dan Bergaul Dengan Akhlak Yang Baik*
عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ
_*Dari Abu Dzar r.a. ia berkata; Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku: “Bertakwalah kamu kepada Allah dimana saja kamu berada dan ikutilah setiap keburukan dengan kebaikan yang dapat menghapuskannya, serta pergauilah manusia dengan akhlak yang baik.”*_ (HR Tirmizi No: 1910)  Status: Hadis Hasan Sahih.
*Pengajaran:*
1.  Setiap Muslim perlu memiliki sifat takwa dimana-mana sahaja berada dan dalam setiap waktu.
2.  Takwa ialah sentiasa melaksanakan ketaatan kepada Allah dan menjauhi perkara yang dilarang.
3.  Takwa itu ialah sifat berhati-hati dan sentiasa merasakan pengawasan diri oleh Allah.
4.  Lakukanlah amal kebaikan kerana ia boleh menjadi penyebab kepada penghapusan dosa yang dilakukan.
5.  Berakhlak baiklah dalam pergaulan sesama manusia.
6.  Jagalah akhlak dalam perhubungan sesama kita, jangan ada umpatan, fitnah, hinaan, merendah-rendah orang lain dan sebagainya. 
*Jadilah kita orang bertaqwa, yang melakukan amal solleh dan menjauhi mungkar, serta berakhlak mulia dalam pergaulan sesama manusia.*
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
28hb Februari  2017

01hb Jamadil Akhir 1438H

1 hari 1 hadis – Kebajikan itu ahlak yg baik

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Kebajikan Itu Akhlak Yang Baik*
عَنْ النَّوَّاسِ بْنِ سِمْعَانَ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْبِرِّ وَالْإِثْمِ فَقَالَ الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي صَدْرِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ
_*Dari An Nawwas bin Mis’an Al-Anshari dia berkata; “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebajikan dan dosa. Sabda baginda: “Kebajikan itu ialah budi pekerti yang baik. Sedangkan dosa ialah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, dan engkau sendiri benci jika perbuatanmu itu diketahui orang lain.”*_ (HR Muslim No: 4632) Status: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
1.  Setiap kebajikan yang dilakukan oleh seorang Muslim dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya akan diberikan ganjaran pahala.
2.  Kebajikan bermaksud setiap budi pekerti dan akhlak terpuji oleh seorang Muslim dalam setiap aspek perlakuan hidupnya.
3.  Dosa ialah perlakuan maksiat yang dilakukan oleh seseorang.
4.  Dosa ialah sesuatu perlakuan yang menyesakkan dada.
5. Orang yang melakukan dosa tidak suka jika orang lain mengetahui perbuatannya.
*Lakukan amal kebajikan dan hiasi dengan akhlak terpuji. Jauhkan setiap perkara dosa dan akhlak keji.*
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
27hb Februari  2017

30hb Jamadil Awal 1438H

1 hari 1 hadis  – Jadilah org yg kaya hati

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Jadilah Orang Yang Kaya Hati*
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ
_*Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW baginda bersabda: “Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati (jiwa).”*_ (HR Bukhari No: 5965) Status: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
1.  Kekayaan hakiki tidak diukur dengan pemilikan harta yang banyak.
2.  Orang yang kaya adalah mereka yang memiliki hati yang mulia, terpuji dan dermawan.
3.  Orang yang kaya hati adalah mereka yang berakhlak mulia dalam setiap perlakuan sama ada yang berhubung dengan Allah, sesama manusia  juga dengan makhluk yang lain.
4. Peliharalah akhlak kita. Hiasilah dengan akhlak terpuji. Moga hati kita bersih dari sifat buruk dan keji.
*Jadikanlah diri kita seorang yang kaya dengan akhlak terpuji.*
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
24hb Februari  2017

27hb Jamadil Awal 1438H

1 hari 1 hadis -Mukmin paling sempurna iman paling baik ahlak

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Mukmin Paling Sempurna Iman Paling Baik Akhlak*
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُهُمْ خِيَارُهُمْ لِنِسَائِهِمْ
_*Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan yang terbaik di antara mereka adalah yang terbaik terhadap isteri-isterinya.”*_ (HR Ahmad No: 7095) Status: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
1.  Akhlak adalah ukuran keimanan seseorang.
2.  Mukmin yang paling sempurna iman adalah yang paling baik akhlak.
3. Akhlak terpuji dengan saling berkasih sayang, bersifat rahmah sesama insan, tidak menghina, mentohmah dan mengadu domba berkait rapat dengan kesempurnaan iman seseorang.
4.  Orang yang terbaik adalah yang paling baik terhadap isteri mereka.
5.  Berakhlak baik pada isteri berkait rapat dengan tahap iman seseorang.
*Jadilah orang yang paling berakhlak dalam kehidupan termasuk dalam berkeluarga untuk menjadi mukmin yang paling sempurna.*
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
23hb Februari  2017

26hb Jamadil Awal 1438H

1 hari 1 hadis – mukmin paling sempurna iman

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Mukmin Paling Sempurna Iman Paling Baik Akhlak*
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُهُمْ خِيَارُهُمْ لِنِسَائِهِمْ
_*Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan yang terbaik di antara mereka adalah yang terbaik terhadap isteri-isterinya.”*_ (HR Ahmad No: 7095) Status: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
1.  Akhlak adalah ukuran keimanan seseorang.
2.  Mukmin yang paling sempurna iman adalah yang paling baik akhlak.
3. Akhlak terpuji dengan saling berkasih sayang, bersifat rahmah sesama insan, tidak menghina, mentohmah dan mengadu domba berkait rapat dengan kesempurnaan iman seseorang.
4.  Orang yang terbaik adalah yang paling baik terhadap isteri mereka.
5.  Berakhlak baik pada isteri berkait rapat dengan tahap iman seseorang.
*Jadilah orang yang paling berakhlak dalam kehidupan termasuk dalam berkeluarga untuk menjadi mukmin yang paling sempurna.*
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
23hb Februari  2017

26hb Jamadil Awal 1438H

1 hari 1 hadis- Bergurau yg dibenarkan

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Bergurau Yang Dibenarkan*
عَنِ الْحَسَنِ قَالَ: أَتَتْ عَجُوزٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، ادْعُ اللَّهَ أَنْ يُدْخِلَنِي الْجَنَّةَ فَقَالَ: يَا أُمَّ فُلاَنٍ، إِنَّ الْجَنَّةَ لاَ تَدْخُلُهَا عَجُوزٌ. قَالَ: فَوَلَّتْ تَبْكِي فَقَالَ: أَخْبِرُوهَا أَنَّهَا لاَ تَدْخُلُهَا وَهِيَ عَجُوزٌ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَقُولُ : إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا عُرُبًا أَتْرَابًا (الواقعة آية رقم : 35 – 37)
_*Dari Al-Hasan radhiallahu ‘anhu, dia berkata, “Seorang nenek tua mendatangi Nabi SAW. Nenek itu pun berkata, ‘Ya Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar Dia memasukkanku ke dalam syurga!’ Baginda pun mengatakan, ‘Wahai Ibu si Polan! Sesungguhnya syurga tidak dimasuki oleh nenek tua. Nenek tua itu pun pergi sambil menangis. Baginda pun mengatakan, ‘Khabarkanlah kepadanya bahwasanya wanita tersebut tidak akan masuk syurga dalam keadaan seperti nenek tua. Sesungguhnya Allah berfirman: Sesungguhnya kami menciptakan mereka (Bidadari-bidadari) dengan langsung (35). Dan kami jadikan mereka gadis-gadis perawan (36). Penuh cinta lagi sebaya umurnya (37).”*_ (Al-Waqi’ah) (HR At-Tirmizi No: 238) Status: Sahih
*Pengajaran:*
1.  Rasulullah bergurau dengan sahabat untuk mengembirakan, namun dalam batas yang tidak berlebihan hingga membawa sifat berbohong.
2.  Rasulullah bergurau dengan perempuan tua, walaupun pada awalnya menyedihkan namun diakhirnya mengembirakan dan menyebabkan perempuan itu tersenyum dan tertawa gembira.
3.  Orang yang terlalu serius dalam urusan kehidupannya akan cepat penat dan kecewa.
4.  Kita boleh bergurau dengan kadar yang tidak berlebihan serta berusaha mengawal lidahnya ketika bergurau agar bertutur dalam perkara yang bermanfaat dan menjauhi dusta.
5.  Wasiat Hassan Al-Banna: Jangan terlalu banyak bergurau kerana orang Islam yang sedang berjuang tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
20hb Februari  2017

23hb Jamadil Awal 1438H

1 hari 1 hadis – Banyak ketawa mematikan hati

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Banyak Ketawa Mematikan Hati*
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تُكْثِرُوا الضَّحِكَ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحِكِ تُمِيتُ الْقَلْبَ
_*Dari Abu Hurairah dia berkata, “Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kalian banyak tertawa, kerana banyak tertawa akan mematikan hati.”*_ (HR Ibnu Majah No: 4183) Status: Hadis Hasan
*Pengajaran:*
1.  Ketawa adalah fitrah manusia, namun perlu berkadaran bukan berlebihan.
2.  Kata Abul-Fath Al-Busti, seorang penyair terkenal:
Berikanlah istirehat pada tabiat kerasmu yang serius

Relekkan dahulu dan hiasilah dengan sedikit gurau senda

Tetapi jika engkau berikan gurau senda kepadanya, jadikanlah ia

Seperti kadar engkau memasukkan garam kepada makanan
3.  Jangan banyak tertawa kerana ia akan mematikan hati. Kata al-Mawardi:
وَأَمَّا الضَّحِكُ فَإِنَّ اعْتِيَادَهُ شَاغِلٌ عَنْ النَّظَرِ فِي الْأُمُورِ الْمُهِمَّةِ ، مُذْهِلٌ عَنْ الْفِكْرِ فِي النَّوَائِبِ الْمُلِمَّةِ. وَلَيْسَ لِمَنْ أَكْثَرَ مِنْهُ هَيْبَةٌ وَلَا وَقَارٌ، وَلَا لِمَنْ وُصِمَ بِهِ خَطَرٌ وَلَا مِقْدَارٌ. 
Adapun tertawa, apabila seseorang membiasakannya dan terlalu banyak tertawa, maka ia akan melalaikan dan melupakannya dari melihat perkara yang penting. Orang yang banyak tertawa, tidak akan memiliki wibawa dan kehormatan. Orang yang terkenal banyak ketawa tidak akan memiliki kedudukan dan martabat
4.  Ingatlah pesanan Rasulullah: Dari Abu Hurairah ia berkata: Suatu ketika Nabi SAW mendatangi sekelompok sahabat yang sedang tertawa sambil berbincang. Baginda bersabda: Demi jiwaku ditangan Nya, andai kata kalian tahu apa yang aku ketahui nescaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis (HR Ibnu Hibban 2/73) Status: Sahih dalam kitab Silsilah Ahadits Ash-Sahihah (3193).
5.  Wasiat Hasan Al-Bana: Jangan terlalu banyak tertawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah akan tenteram dan tenang. 
Marilah kita hidup dalam suasana banyak senyuman dan mengurangkan ketawa yang melalaikan.  
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
19hb Februari  2017

22hb Jamadil Awal 1438H

1 hari 1 hadis. Jadilah mukmim yg sebenarnya

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Jadilah Mukmin dan Muslim Sebenar*
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ كُنْ وَرِعًا تَكُنْ أَعْبَدَ النَّاسِ وَكُنْ قَنِعًا تَكُنْ أَشْكَرَ النَّاسِ وَأَحِبَّ لِلنَّاسِ مَا تُحِبُّ لِنَفْسِكَ تَكُنْ مُؤْمِنًا وَأَحْسِنْ جِوَارَ مَنْ جَاوَرَكَ تَكُنْ مُسْلِمًا وَأَقِلَّ الضَّحِكَ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحِكِ تُمِيتُ الْقَلْبَ
_*Dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Abu Hurairah, Jadilah kamu seorang yang warak, nescaya kamu menjadi manusia yang paling beribadah. Jadilah kamu seorang yang merasa kecukupan, nescaya kamu menjadi manusia yang paling bersyukur. Cintailah manusia seperti kamu mencintai dirimu sendiri, nescaya kamu akan menjadi seorang mukmin. Perbaikilah hubungan dalam berjiran dengan tetanggamu, nescaya kamu akan menjadi seorang yang berserah diri. Sedikitkanlah ketawa, kerana banyak ketawa akan mematikan hati.”*_ (HR Ibnu Majah No: 4207) Status: Sahih
*Pengajaran:*
1.  Jadilah kita ahli ibadah dengan memiliki sifat warak iaitu meninggalkan yang haram dan berhati-hati serta meninggalkan perkara yang syubhat
2.  Jadilah kita orang yang paling bersyukur dengan memiliki sifat qanaah iaitu merasa cukup dengan apa yang dimiliki.
3.  Jadilah kita mukmin dengan mencintai orang lain seperti mencintai diri sendiri.
4.  Jadilah kita seorang muslim dengan sentiasa menjaga hubungan baik dengan jiran tetangga.
5.  Jadilah kita pemiliki hati yang hidup dengan mengurangkan ketawa kerana banyak ketawa akan mematikan hati.
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
18hb Februari  2017

21hb Jamadil Awal 1438H