7 kalimah penghapus dosa

​7 KALIMAH PENGHAPUS DOSA
Barang siapa hafal tujuh kalimah, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebesar lautan: 
①. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak    melakukan sesuatu. 
②. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai    melakukan sesuatu. 
③. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut. 
④. Mengucap Insya Allah jika  . merencanakan berbuat sesuatu dihari esok.
⑤. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika   menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
⑥. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika  menghadapi dan menerima musibah.
⑦. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad  Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.  
″Semoga allah melapangkan rezeki dan kebahagiaan yang melimpah buat sahabat yang     mengucapkan ″

Apakah tandanya kamu mencintai Allah?

​Tazkirah…
Jangan berbangga dgn solat, puasa dan zikir yg banyak kerana semua itu belum tentu membuatkan Allah redha.
Justeru, apa yg membuatkan Allah redha?
Nabi Musa AS, “Wahai Allah, aku telah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadahku yg membuatkan Engkau redha?”
Allah SWT, “Solat? Solatmu itu utk dirimu sendiri, kerana dgn mengerjakan solat, engkau terpelihara drp perbuatan keji dan munkar.”
“Zikir? Zikirmu itu hanya utk dirumu sendiri, membuatkan hatimu menjadi tenang.”
“Puasa? Puasamu itu utk dirimu sendiri, melatih dirimu utk memerangi hawa nafsumu sendiri.”
Nabi Musa AS, “Lalu ibadahku yg manakah yg membuatkan Engkau redha ya Allah?”
Allah SWT, *”Sedekah, infaq, zakat dan perbuatan baikmu. Itulah yg membuatkan Aku redha, kerana ketika engkau membahagiakan orang yg sedang susah, Aku hadir di sampingnya. Dan Aku akan menggantikannya dgn ganjaran 700 kali ganda.”* Surah Al-Baqarah ayat 261 hingga 262.
Apabila kamu sibuk dgn ibadah yg lazim dan berbangga dgnnya, maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukannya Allah.
Tetapi, apabila kamu berbuat baik dan berkorban utk orang lain, maka itu tandanya kau mencintai Allah dan tentu Allah redha kerananya.
Buatlah perkara yg Allah redha maka Allah akan limpahkan rahmat-Nya dgn membuatkan hidupmu lapang dan bahagia.
Kitab *Mukasyafatul Qulub*, karya *Imam Al-Ghazali*.

26 sifat sombong yg mungkin kita tidak sedari

​Assalamualaikum wbr…*Nauzubillah Min Zalik!! Inilah 26 Sifat Sombong Yang Kita Sering Amalkan Tanpa Kita Sedari. Baca Dan sama-sama muhasabah diri…*
Ada 26 tanda-tanda sifat sombong yang adakalanya tanpa kita sedari selalu kita amalkan.
Ingatlah, jangan kita bersifat sombong terhadap orang lain kerana orang sombong tidak akan masuk ke dalam syurga.
1. Orang sombong payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.
2. Orang sombong mudah marah bila berlaku perbincangan dua hala. Cepat naik darah kalau ada kesilapan.
3. Orang sombong memilih kawan dan suka berkawan dengan orang yang sama taraf dengannya saja.
4. Bahkan dengan orang yang sama taraf dengannya pun masih dipilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu mendengar kata-katanya sahaja.
5. Orang sombong memandang hina kepada orang bawahan.
6. Orang sombong ketika dalam perbincangan, suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.
7. Orang sombong ketika dalam perbincangan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan dituruti. Sebaliknya, dia sendiri sukar hendak mendengar pendapat orang lain.
8. Orang sombong di dalam pergaulannya, dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.
9. Orang sombong kalau menjadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut dan orang bawahannya.
10. Orang sombong sukar memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya.
11. Orang sombong kalau dia bersalah sukar hendak meminta maaf.
12. Orang sombong suka dihormati.
13. Orang sombong suka menzalimi samada secara halus ataupun kasar.
14. Orang sombong kurang mesra dengan orang lain kecuali terpaksa kerana memerlukan orang itu.
15. Orang sombong suka memperkatakan keburukan orang dengan mengumpat, memfitnah serta membenci orang lain.
16. Orang sombong kurang menghormati pemberian orang lain.
17. Orang sombong suka menceritakan kelebihan diri sendiri.
18. Orang sombong suka menghina dan menjatuhkan air muka seseorang di hadapan orang lain.
19. Orang sombong kurang mensyukuri nikmat Allah SWT. Kalau ada pun, dibazirkan.
20. Orang sombong kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.
21. Orang sombong kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.
22. Orang sombong tidak suka menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang lain.
23. Orang sombong tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.
24. Orang sombong suka membesar-besarkan kesalahan orang lain sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.
25. Orang sombong tidak senang dengan kejayaan orang lain.
26. Orang sombong sangat tersinggung jika disebut kelebihan orang lain didepannya tetapi jika dipuji, dia sangat gembira.
Sabda Rasulullah SAW, “Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya mempunyai sifat sombong walaupun sebesar biji sawi.” Hadis riwayat Muslim
Semoga memberi manfaat.

Tazkirah – Syirik

​بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم

ِ

??السلام عليكم ورحمة الله وبر كا ته??
Selawat dan salam buat Rasulullah SAW… 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

?HADITH :-
<Syirik dalam niat>

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : 

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:

” قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى : 

Allah Tabaraka wa Ta’ala berkata:

أَنَا أَغْنَى الشُّرَكَاءِ عَنِ الشِّرْكِ ، 

Aku tidak memerlukan kepada sekutu daripada segala perbuatan syirik.

مَنْ عَمِلَ عَمَلًا أَشْرَكَ فِيهِ مَعِي غَيْرِي 

Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan dengan menyekutukan Aku bersama yang lain.

تَرَكْتُهُ وَشِرْكَهُ

Nescaya aku tinggalkan dia dan syiriknya itu.

صحيح مسلم» كِتَاب الزُّهْدِ وَالرَّقَائِقِ» بَاب مَنْ أَشْرَكَ فِي عَمَلِهِ غَيْرَ اللَّهِ

[Sahih Muslim, Kitab az-Zuhud dan ar-Raqaiq, Bab Sesiapa Yang Menyekutukan Allah Dengan Yang Lain Ketika Beramal, hadis no: 5304]

~~~~~~~~

Imam an-Nawawi rahimahullah berkata dalam Syarah Sahih Muslim:

ومعناه أنا غني عن المشاركة وغيرها ، 

Maksudnya: Aku tidak perlu kepada apa-apa sekutu dan selainnya.

فمن عمل شيئا لي ولغيري لم أقبله ، 

Sesiapa yang melakukan sesuatu amal untuk Ku dan untuk selain Ku, nescaya Aku tidak akan menerima amalnya.

بل أتركه لذلك الغير . 

Bahkan aku meninggalkannya kepada apa yang dia sekutukan.

والمراد أن عمل المرائي باطل لا ثواب فيه ، ويأثم به .

Ini bermaksud amal yang dilakukan dengan tidak ikhlas adalah terbatal. Tiada pahala padanya, bahkan yang ada ialah dosa.

#tazkirah alkahfi

Garis panduan solat dalam keadaan duduk

​Penjelasan penuh tatacara bersolat dgn menggunakan kerusi utk menampung keuzuran yg menghalang dari berdiri dgn sempurna ketika bersolat…. Penjelasan ini di petik dari makallah yg dikeluarkan oleh JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN… 

.

Garis Panduan Solat Dalam Keadaan Duduk Seperti Berikut:
Solat adalah ibadah asas dalam Islam dan dipertanggungjawabkan kepada setiap mukallaf dalam apa jua keadaan termasuk ketika sakit. Cara perlaksanaannya ketika sakit hendaklah dilakukan mengikut kemampuan masing-masing.
 Hadis Rasulullah s.a.w:
                                      صل قا ئما فإن لمتستطع فقاعدا فإن لم تستطع فعلى جنب
Maksudnya: Solatlah secara berdiri, jika kamu tidak mampu lakukanlah secara duduk, dan jika kamu tidak mampu juga, maka lakukan secara mengiring.
 H.R al-Bukhari : 1066.
Berdiri dalam solat  fardhu merupakan rukun solat. Walau bagaimanapun, bagi pesakit yang tidak boleh berdiri dibolehkan solat dalam keadaan duduk. Duduk bersila adalah lebih utama. Walau bagaimanapun boleh sahaja solat duduk dalam bentuk-bentuk yang lain. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah RA, dia berkata:
                                  رايت النبي صلى الله عليه وسلم يصلي متربعا
Maksudnya: Saya pernah melihat Nabi s.a.w solat dengan duduk bersila.
(Hadis riwayat imam al-Nasa’i dalam Sunannya, kitab Qiyam al-Lail wa Thathauwu’ al-Nahaar, bab كيف صلاة القاعد  no:1661).
Kebelakangan ini muncul persoalan berkenaan solat secara duduk di atas kerusi bagi mereka yang uzur. Hal ini amat perlu ditangani dengan baik untuk memelihara kesempurnaan ibadah yang menjadi tiang agama.
 A.        Kedudukan kerusi adalah seperti berikut:
Kedudukan bagi ma’mum yang menggunakan kerusi hendaklah di bahagian paling kiri atau kanan saf solat.

     

Jika keuzurannya adalah untuk duduk di atas lantai, atau ruku’ atau sujud namun masih mampu berdiri, maka hendaklah berdiri selari dengan orang bersebelahannya dalam saf solat. 
Jika keuzurannya adalah untuk berdiri dan terpaksa menunaikan keseluruhan solat dalam keadaan duduk, maka kaki kerusi belakang hendaklah sama dengan kaki orang yang berdiri.
Kelurusan saf bagi orang yang terpaksa menunaikan keseluruhan solat dalam keadaan duduk dikira ketika jemaah lain dalam keadaan duduk.

 

B.        Beberapa perkara perlu diberi perhatian oleh orang yang mengerjakan solat dalam keadaan menggunakan rukhsah seperti berikut:
Hendaklah bertakbiratul ihram dalam keadaan berdiri sekiranya mampu, kerana qiyam adalah sebahagian daripada rukun solat. HaI ini adalah bagi kes ketidakmampuan untuk ruku’, sujud atau berdiri lama. Manakala bagi kes ketidakmampuan untuk berdiri maka diharuskan bertakbiratul ihram dalam keadaan duduk.
Hendaklah terus berdiri ketika membaca al-Fatihah dan surah sekiranya mampu. Walau bagaimanapun, diharuskan duduk apabila tidak mampu atau terus duduk jika langsung tidak mampu.
Hendaklah berdiri dengan bertumpukan (i’timad) kedua-dua belah kaki jika mampu atau salah satu daripadanya jika tidak mampu, dan tidak berdiri sambil bersandar kepada sesuatu dengan merehatkan kedua-dua kaki atau salah satu daripadanya.
Tidak menggerakkan kerusi ke hadapan atau ke belakang ketika melakukan isyarat tunduk untuk ruku’ dan sujud.
Tidak menyandarkan belakang badan ke kerusi tanpa sebarang hajat atau keuzuran. Hal ini kerana ia menyalahi tatacara solat, dan keizinan duduk hanya sekadar untuk menampung keuzuran berdiri.
Hendaklah membezakan secara konsisten keadaan tunduk untuk ruku’ dan tunduk untuk sujud. Kedudukan isyarat tunduk untuk sujud hendaklah lebih rendah  daripada isyarat tunduk untuk ruku’.
Tidak sujud di atas sesuatu yang berada di hadapannya seperti yang dilakukan oleh sesetengah penumpang kapal terbang yang menjadikan meja makan sebagai tempat sujud.
Sekiranya keuzuran adalah untuk ruku’ atau sujud, maka hendaklah solat dalam keadaan berdiri dan apabila tiba masa untuk ruku’ atau sujud, barulah diizinkan duduk dan melakukan isyarat tunduk tanda ruku’ dan sujud mengikut kemampuan.
Hendaklah meletakkan tangan di atas kedua-dua lututnya ketika tunduk tanda ruku’ dan meletakkannya di tempat lain selain lutut ketika tunduk tanda sujud supaya ada perbezaan antara isyarat ruku’ dan sujud. Sebagai contoh, kedua-dua belah tangan boleh dilepaskan sahaja di kiri atau kanan peha ketika tunduk tanda sujud, atau diletakkan di atas kedua-dua belah paha kanan dan kiri, atau diletakkan pada kerusi jika ada. 
Tidak digalakkan menjadi imam kepada ma’mum yang solat dalam keadaan sempurna tanpa duduk di atas kerusi atau lantai. Walau bagaimanapun, tiada halangan menjadi imam sekiranya semua makmum daripada kalangan mereka yang uzur atau solat dalam keadaan duduk. Begitu juga sekiranya imam berkenaan merupakan imam bertugas dan keuzurannya adalah sementara dan boleh sembuh. Manakala makmum pula tetap wajib berdiri sekiranya mampu.
Jika keuzurannya sementara dan boleh hilang, maka hendaklah solat dalam keadaan berdiri apabila hilang keuzuran tersebut. Sebagai contoh sekiranya sedang solat dalam keadaan duduk, tiba-tiba rasa sakit atau uzur yang menghalangnya berdiri hilang, maka ketika itu wajib ke atasnya berdiri dan begitulah sebaliknya.
Hubungi Kami :

Tingkat 3,

Bangunan SUK Lama, Jalan Dato’ Hamzah,

70990 Seremban,

Negeri Sembilan.

Tel : 06-7652426

Fax : 06-7652427

Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.

Hakcipta Terpelihara © Laman Web Rasmi Jabatan Mufti K[truncated by WhatsApp]

Tazkirah harian-Balasan bagi org yg derhaka

Tazkirah harian-Allah yg menentukan rezeki hambanya

Tqzkirah harian – Al Quran sebagai panduan

Tazkirah Harian -Surah Luqman Ayat 20

Tazkirah -mengingati hari akhirat

Tazkirah hari ini –