The natural wonder that has been lost forever, was resurface
http://www.bbc.com/earth/story/20160427-a-natural-wonder-lost-to-a-volcano-has-been-rediscovered
Just another [Siti Zaleha] site
The natural wonder that has been lost forever, was resurface
http://www.bbc.com/earth/story/20160427-a-natural-wonder-lost-to-a-volcano-has-been-rediscovered
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Silaturahim Menjemput Rezeki Dan Umur Barakah*
عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ عَلَيْهِ فِي رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
_*Dari Anas, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaknya ia menyambung kekerabatan (silaturrahim).”*_ (HR Abu Daud No: 1443) Status: Sahih
*Pengajaran:*
1. Antara kebahagiaan seorang apabila hidup dalam suasana saling berkasih sayang dengan ahli keluarga dan berhubung mesra.
2. Antara kelebihan Muslim yang sentiasa menjaga hubungan silaturahim dengan ahli keluarga:
a. Diluaskan rezeki (murah rezeki)
b. Dipanjangkan umur (umur yang barakah dalam keadaan sihat dan beramal solleh).
Marilah kita memelihara hubungan dan ikatan kekeluargaan dengan adik beradik dan ahli keluarga yang lain.
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
22hb Januari 2017
23hb Rabiul Akhir 1438H
Sharing daripada rakan.
Ada Ulama berkata, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
• Allah akan sibukkan kita dengan harta.
• Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.
• Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.
• Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh
Allah SWT.
• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.
• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.
• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.
• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.
• Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.
• Kita patut bermuhasabah bila ada saudara mara, rakan taulan atau kenalan yg sebaya meninggal dunia menemui ilahi. Mati tidak tunggu tua atau sakit. Kita tidak pernah bertanya pada diri kita samada bekalan kita ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya itu adakah telah mencukupi.
• Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.
17 childrrn took way too literally. LOL
http://viralinside.net/17-children-took-things-way-way-literally.html
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Dua Sebab Doa Tidak Makbul*
عَنْ جَابِرٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ أَحَدٍ يَدْعُو بِدُعَاءٍ إِلَّا آتَاهُ اللَّهُ مَا سَأَلَ أَوْ كَفَّ عَنْهُ مِنْ السُّوءِ مِثْلَهُ مَا لَمْ يَدْعُ بِإِثْمٍ أَوْ قَطِيعَةِ رَحِمٍ
_*Dari Jabir ia berkata; saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seseorang berdoa dengan sebuah doa melainkan Allah memberikan kepadanya apa yang ia minta, atau menolak keburukan darinya yang semisalnya selama ia tidak berdoa untuk perbuatan dosa atau pemutusan hubungan kekerabatan.”*_ (HR Tirmizi No: 3303) Status: Sahih
*Pengajaran:*
1. Berdoa dituntut kepada setiap Muslim
2. Allah tidak akan memperkenankan doa seseorang yang:
a. Melakukan dosa
b. Memutuskan hubungan silaturahim bersama kerabat
Moga kita menghindarkan diri dari melakukan perbuatan dosa dan sentiasa mengeratkan hubungan silaturahim dan persaudaraan.
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
21hb Januari 2017
22hb Rabiul Akhir 1438H
Hari jumaat ini, marilah kita berdoa.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Doa Hari Jumaat
ُِ. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Ya Allah, Ya Tuhan kami, di hari Jumaat yg mulia ini, berilah pertolongan kpd kami untuk mengingatiMu, bersyukur keatas pemberianMu dan beribadah sebaiknya untukMu.
ُ
Ya Allah, Kami memohon keampunanMu dpd semua kejahatan yang telah kami lakukan. Tiada yg dapat mengampuni dosa dosa kami kecuali Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun n Maha Penyayang. Sekiranya masih lagi ada dosa di akhir hayat kami ya Allah, hitunglah kami dengan perhitungan yang mudah dan ringan keatas setiap kejahatan kami.
Ya Allah, rahmatilah kehidupan kami, berilah kami iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh dan solehah, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Terutama di hari jumaat ini beri lah kami kekuatan n keazaman utk menambah baik amalan2 bacaan alQuran kami, zikir2 kami, sedekah2 kami serta pengeratan tali silatul rahim di antara kami.
Ya Allah Ya Ghaffur ampunkanlah dosa2 kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum kerabat kami, ustaz2 n guru2 kami, sahabat2 kami n sekelian mukminin mukminat muslimin muslimat samada yg masih hidup atau telah mendahului kami mendapat
رَبَّنَا ظلمناأَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْن َ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Mari Berzikir
(Kuatkan Iman )
YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH
Seringkali kita diberitahu bahawa kesan sampingan penggunaan sesuatu produk kerana badan melepaskan toxin yg lama tersimpan dan dipanggil healing crisis. Tapi adakah betul ia merupakan healing crisis? Baca selanjutnya di bawah ini.
Semoga ada manafaat utk kita semua.
*_BERSAHABAT .._*
_Ini adalah satu anugerah dari Allah._
_Kalau hidup kita tiada sahabat di sisi .._
_Hidup akan jadi bosan .._
_Tiada kemanisan, tertekan, resah, rasa kosong dan lain-lain._
*_Tapi,_* _ramai di kalangan kita hari ni tak dapat rasai_ *_Kemanisan Bersahabat .._*
*Apa itu kemanisan bersahabat??!*
*_Anda tahu, macamana Nabi mencintai Abu Bakar ?_*
_Sehingga nabi kata, kalau aku boleh ada kekasih selain Allah, nescaya Abu Bakar adalah kekasihku !!!_
*_Anda tahu mcmana Abu Bakar cinta nabi ?_*
_Sehingga beliau sanggup menahan sakit di gigit kala jengking di dalam gua thur semata-mata nak halang binatang tu sengat nabi yang amat dia cintai !!!_
*_Anda tahu tak, macamana nabi cintakan Umar ?_*
_Sehingga nabi kata, kalaulah ada nabi selepas aku, nescaya Umarlah nabi._
_Dan anda tahu macamana Umar mencintai nabi? Sehingga umar kata, beliau lebih mencintai nabi dari keluarga dan dirinya sendiri!!_
_Kalau anda baca kisah nabi dan sahabat, bagaimana mereka saling cinta mencintai kerana Allah, anda akan dapat rasakan bahawa_ *_Indahnya bersahabat .._
*_Sahabatku .._*
_Kalau anda tak dapat rasai lagi nikmat bersahabat, atau, kalau anda masih tak jumpa lagi sahabat yang betul-betul memberi perubahan pada anda, maka nasihat saya:_
*_”Carilah mereka!”_*
_Dan, kalau anda dah jumpa sahabat yang baik, maka, peganglah mereka erat-erat!_
*_Ingatlah pesanan imam syafie :_*
_”Jika engkau mempunyai teman yang selalu membantumu dalam rangka ketaatan kepada Allah, maka peganglah dia erat-erat, jangan pernah kau lepaskannya kerana mencari teman yang baik itu susah, tetapi melepaskannya sangat mudah sekali.”_
*_Wallahua’lam .._*
*_Ya Allah .._*
_Kurniakanlah kami sahabat yang baik .._
_Yang mendekatkan diriku denganMu ya Allah._
_Dan, jauhilah aku dari bersama orang-orang yang menjauhkanku dariMu ya Allah._
?? اَللَّهُمَّ صَلىِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِله سيدنا مُحَمَّد??