1 hari 1 hadis 19 Jan 2017

​PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Sambungkan Silaturahim*
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَجُلًا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ لِي قَرَابَةً أَصِلُهُمْ وَيَقْطَعُونِي وَأُحْسِنُ إِلَيْهِمْ وَيُسِيئُونَ إِلَيَّ وَأَحْلُمُ عَنْهُمْ وَيَجْهَلُونَ عَلَيَّ فَقَالَ لَئِنْ كُنْتَ كَمَا قُلْتَ فَكَأَنَّمَا تُسِفُّهُمْ الْمَلَّ وَلَا يَزَالُ مَعَكَ مِنْ اللَّهِ ظَهِيرٌ عَلَيْهِمْ مَا دُمْتَ عَلَى ذَلِكَ
_*Dari Abu Hurairah bahwasanya seorang laki-laki pernah berkata; “Ya Rasulullah, saya mempunyai kerabat. Saya selalu berusaha untuk menyambung silaturahim kepada mereka, tetapi mereka memutuskannya. Saya selalu berusaha untuk berbuat baik kepada mereka, tetapi mereka menyakiti saya. Saya selalu berusaha untuk lemah lembut terhadap mereka, tetapi mereka acuh tak acuh kepada saya.” Lalu Rasulullah SAW bersabda: ‘Jika benar seperti apa yang kamu katakan, maka kamu seperti memberi makan mereka debu yang panas, dan selama kamu berbuat demikian maka pertolongan Allah akan selalu bersamamu.*_ ‘(HR Muslim No: 4640)
*Pengajaran:*
1.  Tanggungjawab setiap Muslim ialah berbuat baik dengan kerabat dan sentiasa menghubungkan silaturahim.
2.  Allah sentiasa mengurniakan kebaikan kepada orang yang berbuat baik kepada orang lain.
3.  Orang yang berusaha menyambung silaturahim dengan kerabatnya walaupun tidak disambut oleh mereka, akan sentiasa mendapat pertolongan Allah disisinya.
Ayuh berbuat baik dan kukuhkan silaturahim walaupun mereka ingin memutuskannya. Doakan kebaikan untuk mereka.
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
19hb Januari  2017

20hb Rabiul Akhir 1438H

Company Act 2016

The company Act 2016 will be effective in 31 January 2017. Read here for further detail.

https://themalaysianlawyer.com/2017/01/16/companies-act-2016-effective-date/

Apakah yang dikatakan lohong hitam

Majalah sains mengupas berkaitan lohong hitam alam semesta

http://www.majalahsains.com/memahami-objek-alam-semesta-lohong-hitam/

Kad debit paywave mudah digodam? Benarkah?

Isu yg viral ketika ini ialah kad debit paywave mudah digodam. Benarkah isu ini? 

https://amanz.my/2017128326/

Nutella penyebab kanser?

Benarkah berita yg viral mengatakan nutella penyebab kanser? Berikut ialah penjelasan daripada web ‘Root of Science’ mengenai perkara ini.

http://rootofscience.com/blog/2017/kesihatan/benarkah-nutella-menyebabkan-kanser/

Perkongsian Hadis- Infaq mengukuhkan silatulrahim

​PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Infaq Mengukuhkan Silaturahim*
عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ عَنْ جَابِرٍ قَالَ أَعْتَقَ رَجُلٌ مِنْ بَنِي عُذْرَةَ عَبْدًا لَهُ عَنْ دُبُرٍ فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَلَكَ مَالٌ غَيْرُهُ فَقَالَ لَا فَقَالَ مَنْ يَشْتَرِيهِ مِنِّي فَاشْتَرَاهُ نُعَيْمُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْعَدَوِيُّ بِثَمَانِ مِائَةِ دِرْهَمٍ فَجَاءَ بِهَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَدَفَعَهَا إِلَيْهِ ثُمَّ قَالَ ابْدَأْ بِنَفْسِكَ فَتَصَدَّقْ عَلَيْهَا فَإِنْ فَضَلَ شَيْءٌ فَلِأَهْلِكَ فَإِنْ فَضَلَ عَنْ أَهْلِكَ شَيْءٌ فَلِذِي قَرَابَتِكَ فَإِنْ فَضَلَ عَنْ ذِي قَرَابَتِكَ شَيْءٌ فَهَكَذَا وَهَكَذَا يَقُولُ فَبَيْنَ يَدَيْكَ وَعَنْ يَمِينِكَ وَعَنْ شِمَالِكَ
_*Dari Abu Zubair dari Jabir ia berkata; Seorang laki-laki dari Bani Udzrah memerdekakan hamba sahayanya dengan tebusan. Berita itu sampai kepada Rasulullah SAW, baginda bertanya kepada pemilik hamba itu: “Masih adakah hartamu selain hamba itu?” orang itu menjawab, “Tidak, wahai Rasulullah.” Maka Rasulullah SAW pun bersabda: “Siapakah yang mahu membeli hamba itu daripadaku?” Akhirnya hamba itu pun dibeli oleh Nu’aim bin Abdullah Al Adawi, dengan harga lapan ratus dirham yang diserahkannya kepada Rasulullah SAW, dan baginda menyerahkan kepada pemilik hamba sahaya itu. Kemudian baginda bersabda kepadanya: “Manfaatkanlah wang ini untuk dirimu sendiri, bila ada bakinya maka untuk keluargamu, jika masih berbaki untuk kerabatmu, dan jika masih berbaki lagi, maka untuk orang-orang disekitarmu.”*_   HR (Muslim No: 1663) Status: Sahih
*Pengajaran:*
1.  Saling membantu sesama Muslim bagi merengankan beban saudaranya adalah amalan mulia yang diajar oleh Rasulullah.
2.  Sesiapa yang diberikan nikmat rezeki yang baik lagi halal, gunakanlah untuk membiayai keperluan asas hidupnya.
3.  Jika rezeki yang dimiliki terdapat lebihan, gunakanlah untuk membiayai ahli keluarganya termasuk ibu dan ayahnya.
4.  Jika rezeki yang dimiliki ada lebihan selepas ditolak untuk kegunaan diri dan ahli keluarganya, bolehlah limpahan rezeki tersebut digunakan untuk membantu kerabat yang dekat seperti adik beradik, bapa dan ibu saudara, sepupu dan lain-lain. Dengan cara ini akan menambah ikatan silaturahim dengan mereka.
5.  Sekiranya terdapat lebihan rezeki selepas itu, eloklah kita membantu jiran tetangga serta ahli masyarakat lain yang memerlukan.
Sesungguhnya dalam rezeki yang kita milik ada hak orang lain yang perlu kita sempurnakan. Firman Allah:
وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
“Dan barang apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya (Saba: 39)
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
18hb Januari  2017

19hb Rabiul Akhir 1438H

Dinasor is back?

This video is not a hoax

http://news.nationalgeographic.com/2017/01/big-alligators-crocodiles-conservation-video/?utm_source=Facebook&utm_medium=Social&utm_content=link_fb20170117news-alligator&utm_campaign=Content&sf51456069=1

Tazkirah hari ini : Solat

Tazkirah hari ini

Apakah dia Lohong Hitam? 

Majalah sains mengupas mengenai lohong hitam alam semesta. 

http://www.majalahsains.com/memahami-objek-alam-semesta-lohong-hitam/

Perkongsian 1 hari 1 hadis 17 Jan 2017

​PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Amalan Masuk Syurga dan Terhindar Neraka*
عَنْ أَبِي أَيُّوبَ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ أَعْمَلُهُ يُدْنِينِي مِنْ الْجَنَّةِ وَيُبَاعِدُنِي مِنْ النَّارِ قَالَ تَعْبُدُ اللَّهَ لَا تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا وَتُقِيمُ الصَّلَاةَ وَتُؤْتِي الزَّكَاةَ وَتَصِلُ ذَا رَحِمِكَ 
_*Dari Abu Ayyub dia berkata, “Seorang laki-laki mendatangi Nabi SAW, seraya bertanya, ‘Tunjukkanlah kepadaku suatu amalan yang mendekatkan aku ke syurga dan menjauhkan aku dari neraka? ‘ Baginda menjawab: ‘Kamu menyembah Allah, tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu apa pun, mendirikan solat, menunaikan zakat dan menyambung silaturrahim dengan keluarga.”*_ (HR Muslim No: 15) Status: Sahih
*Pengajaran:*
Amalan yang mendekatkan seseorang kesyurga dan menjauhkannya dari Neraka:
a.  Beribadat kepada Allah dan tidak melakukan syirik
b.  Mendirikan solat fardhu
c.  Mengeluarkan zakat
d.  Menyambung silaturahim dengan ahli keluarga
Moga kita dijauhkan dari api neraka dan masuk ke syurga.
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
17hb Januari  2017

18hb Rabiul Akhir 1438H