Penerangan dari Page fb Root of Science

​https://m.facebook.com/Rootofscience1/photos/a.1114346545296229.1073741827.1114335948630622/1295596380504577/?type=3

Tahukah anda, apakah “Lohong hitam supermasif’ yg ditemui oleh pelajar PhD dari Malaysia itu?

Kredit : majalah sains

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1374641975942492&substory_index=0&id=193202337419801

Tazkirah hari ini

Kejar dunia Allah hanya akan bagi dunia 

EXCEL FORMULA: COUNTA

How to use COUNTA FORMULA in EXCEL

Kredit: https://www.facebook.com/somtomofficial/

Count Formula in Excel

How to use COUNT FORMULA in EXCEL

https://www.facebook.com/somtomofficial/

SUM FORMULA in EXCEL

How to use SUM FORMULA in EXCEL

Kredit to : https://www.facebook.com/somtomofficial/

Testimoni sebagai hujah/bukti?

Page psudoscience watch mengulas mengenai penggunaan testimoni sebagai hujah keberkesanan sesuatu produk. 

Kenapa kita tak guna testimoni sebagai hujah?
Apa masalahnya?
SELECTIVE(pilih mana berkenan shj)
Bila kita check semula mereka yang memberikan testimoni yang positif, majority rupanya sekarang akan menjual produk yang dipuji tersebut juga! Apetah lagi buat peraduan bagi produk tersebut untuk setiap testimoni yang positive(cough*CP*cough)
Macam mana pulak dengan testimoni yang NEGATIVE? Contohnya ada orang pakai pad tersebut dapat cervical cancer. Atau jadi mandul. Atau keguguran. Agak2 akan diletak sebagai testimoni nombor satu ke? Sudah pasti tidak.
Golongan2 dangkal seperti ini takde pikir berkat ke tidak berniaga sebegitu sebab $$$ speaks louder than anything. Profit oriented. Halal haram berkat ke tidak semua dia langgar. Tak kira doula ke, penjual produk merepek ke, beri servis perkhidmatan merapu ke, bottomline dia hanya berdasarkan duit semata mata. Itu motivasi dia.
EVIDENCE(bukti)
Lagi satu masalah testimoni ni adalah dimana kita nak MENILAI keberkesanannya. Bila tanya penjual itu sendiri, dia hanya rujuk testimoni pelanggan. So kita pulak kena tanya pelanggan tersebut bagaimana mereka sendiri evaluate berkesan ke tidak produk tersebut untuk mereka. Satu hal pulak.
Ini adalah sejenis logical fallacy. Btw logical fallacies ini actually datang hasil dari penilaian secara sistematik dan scientific. Yang diasaskan oleh ilmuan Islam sendiri seperti Al Razi dan Ibn Sina. Sebab mereka dulu nak tahu kalau seorang pesakit tu jadi sihat, adakah ianya kerana apa yang mereka lakukan atau ianya kebetulan semata mata.
Benar semua yang berlaku hanya dapat berlaku dengan izin Allah SWT. Sebab itulah kita perlu tahu dan belajar ikhtiar mana yang batu, mana yang permata dan mana yang straight membongak je.
Dalam situasi ini pula ianya sejenis falasi yang dikenali sebagai burden of proof atau appeal to ignorance fallacy. Sebabnya yang jual tak perlu buktikan pon produk dia BERKESAN, cukup orang lain yang sokong, ia dianggap sebagai bukti. Macam perkara diatas, kalau semua yang diutarakan hanyalah yang positive sahaja, tentulah yang indah2 sahaja gambaran yang diberikan bertemankan pelangi dan unicorns semata mata.
QUALITY
Lagi satu masalah nak menilai berkesan ke tidak produk tersebut adalah quality penilaian itu sendiri.
Contoh ada orang cakap sedara mara dia telan collagen kulit terus jadi flawless walaupon kajian menunjukkan sikit je benefit. Adakah observation(pemerhatian) yang SUBJECTIVE sebegitu mencukupi?
Dia yakin ke sedara mara dia mekap bukan 5 inci? Dia cuci muka mereka dalam baldi tak? Jenis collagen yang diambil? Diet yang diamalkan? Berjemur bape jam sehari? Bersenam ke tidak? Merokok ke tak? Tdo cukup ke?
Bila modalities(cara2) itu sendiri tidak memuaskan atau tepat, bagaimana kita nak guna pakai sebagai PANDUAN untuk orang lain?
Lagi satu contoh telan rumpai kotak hijau boleh sembuh drpd stroke(angin ahmar). Bila ditanya lebih lanjut, pemberi testimoni itu sendiri tak tahu dengan details sama ada stroke itu menyebabkan neurological damage/deficit(lumpuh ke, tak boleh bercakap ke, buta ke).
Bila kita ambil aspek lumpuh sahaja pon kena nilai, kecederaan itu melibatkan sensory(rasa) ke, motor(pergerakan) ke, kalau motor UMN atau LMN lesion ke, bagaimana tone, power dan reflex. Satu sahaja anggota badan atau semua ke.
Sama juga kalau penilaian itu sendiri TIDAK TEPAT, sudah tentu apa yang dianggap sebagai BERKESAN atau tidak, susah kita benar2 nak pastikan. Perkara samar2, subjective dan berbeza beza antara setiap individu sendiri. Takkanlah nak beri anak, makbapak, laki/bini telan atau consume. Itu baru cerita part berkesan atau tidak. Kalau ambil dan MEMUDARATKAN bagaimana pula?
REALITY
Cakap pakai testimoni orang beribu2. Ye. Semua akan pakai alasan itu. Itu la starting point:
1) pakai kad kurafat boleh turun jaundice anak sebab ada vitamin udara
2) pakai pad sakti boleh jimat elektrik
3) pakai pomade boleh baik lepas stroke
4) kemam pantyliner boleh baik demam
5) telan pil terus bgn drpd koma
6) renjis air beralkali kat anu orang rumah melecet 3 hari
7) lepas ni akan ada pulak pakai stokin boleh kuruskan badan, sembuhkan kencing manis dan elakkan autism.
Memang kita gelak tapi adakah anda sedar bagaimana semua ini BERMULA?
By overclaiming. Yang merepek. Sah2 mengarut. Sebab berdasarkan ilmu dan fakta, kita tahu claim2 tersebut membongak semata mata.
Nak berniaga tiada masalah. Saranan Nabi. Cuma tak perlulah lebih sudu drpd kuah. Kalau jual produk yang ramai org lain juga jual, tak perlu nak melebih lebih. Apetah lagi sekiranya memburukkan persaingan anda tanpa bukti. Itu dah jadi FITNAH(cough*doula*cough)
Islam itu menyeluruh. So jangan suka suki ambil part mana yang sesuai atau mendatangkan faedah sahaja untuk berniaga. Apetah lagi mempergunakan/menunggang agama semata mata demi wang ringgit.

Kredit : page Psudoscience Watch

https://m.facebook.com/pswatch1/photos/a.1084831468194463.1073741828.1084310118246598/1549432375067701/?type=3

Smartphone technologies in 2017

The upcoming smartphone technologies in 201i

http://slugline.us/you-will-never-know-before-about-these-awaiting-technologies-of-2017/

Perkongsian Hadith

​PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Sepuluh wasiat Rasulullah SAW
عَنْ مُعَاذٍ قَالَ أَوْصَانِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِعَشْرِ كَلِمَاتٍ قَالَ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ شَيْئًا وَإِنْ قُتِلْتَ وَحُرِّقْتَ وَلَا تَعُقَّنَّ وَالِدَيْكَ وَإِنْ أَمَرَاكَ أَنْ تَخْرُجَ مِنْ أَهْلِكَ وَمَالِكَ وَلَا تَتْرُكَنَّ صَلَاةً مَكْتُوبَةً مُتَعَمِّدًا فَإِنَّ مَنْ تَرَكَ صَلَاةً مَكْتُوبَةً مُتَعَمِّدًا فَقَدْ بَرِئَتْ مِنْهُ ذِمَّةُ اللَّهِ وَلَا تَشْرَبَنَّ خَمْرًا فَإِنَّهُ رَأْسُ كُلِّ فَاحِشَةٍ وَإِيَّاكَ وَالْمَعْصِيَةَ فَإِنَّ بِالْمَعْصِيَةِ حَلَّ سَخَطُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَإِيَّاكَ وَالْفِرَارَ مِنْ الزَّحْفِ وَإِنْ هَلَكَ النَّاسُ وَإِذَا أَصَابَ النَّاسَ مُوتَانٌ وَأَنْتَ فِيهِمْ فَاثْبُتْ وَأَنْفِقْ عَلَى عِيَالِكَ مِنْ طَوْلِكَ وَلَا تَرْفَعْ عَنْهُمْ عَصَاكَ أَدَبًا وَأَخِفْهُمْ فِي اللَّهِ
Dari Mu’adz bin Jabal berkata; “Rasulullah s.a.w. telah mewasiatkan kepada saya mengenai sepuluh perkara.  Jangan menyengutukan Allah dengan sesuatu apapun walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar.  Jangan kamu menderhakai kedua-dua ibu bapa kamu meskipun mereka menyuruh kamu berpisah dengan isteri dan harta-benda kamu.  Janganlah kamu meninggalkan solah fardu dengan sengaja kerana sesungguhnya sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja maka dia terlepas daripada tanggungjawab Allah S.W.T.  Jangan sekali-kali minun arak kerana perbuatan ini adalah punca segala maksiat. Jauhilah diri kamu daripada perbuatan maksiat kerana perbuatan ini akan menyebabkan kemurkaan Allah S.W.T.  Jangan lari dari medan pertempuran walaupun semua rakan kamu telah terbunuh. Jangan berpindah dari tempat berlakunya kematian akibat wabak yang sedang merebak seperti taun dan sebagainya. Belanjalah untuk keluarga kamu mengikut kemampuan kamu. Jangan kamu mengelak daripada merotani anak-anak sebagai amaran supaya mereka berakhlak baik. Takutkan mereka (anak-anak) kepada Allah S.W.T.”
(HR Ahmad No: 21060).  

Status: Hassan
Pengajaran:
10 wasiat Rasulullah SAW:
1.  Tidak melakukan syirik walaupun engkau dibunuh.
2.  Tidak mendurhakai ibu bapa meskipun mereka menyuruh kamu berpisah dengan isteri dan harta-benda kamu.
3.  Tidak meninggalkan solat fardhu dengan sengaja kerana  dia terlepas daripada tanggungjawab Allah.
4.  Tidak minum arak (sesuatu yang memabukkan) kerana ia punca segala maksiat.
5.  Tidak melakukan maksiat kerana perbuatan ini akan menyebabkan kemurkaan Allah.
6.  Tidak lari dari medan perang walaupun semua rakan kamu telah terbunuh.
7.  Tidak berpindah dari tempat berlakunya kematian akibat wabak yang sedang merebak seperti taun dan sebagainya. 
8.  Belanjalah untuk keluarga kamu mengikut kemampuan.
9.  Jangan kamu mengelak daripada merotani anak-anak (dalam mendidik jika mereka melakukan larangan) sebagai amaran supaya mereka berakhlak baik. 
10.  Takutkan mereka (anak-anak) kepada Allah (tanamkan rasa takut kepada Allah dalam diri mereka).
Ayuh pelihara wasiat Rasulullah SAW.

Resepi puding roti

​Puding Roti
Bahan-bahan:-

– roti 1 buku, yg pendek, nak sedap guna roti butterscotch

– susu full cream 2 cawan

– whipping cream 1 cawan

– telur 3 biji

– gula castor 1/2 cawan

– 1tbsp esen vanilla

– kismis
Cara- cara:-

– sapu loyang/caserrol dengan butter

– susun roti

– di mangkuk lain, pukul telur hingga kembang (whisk), pastu masukkan semua bahan kecuali kismis. Kacau rata.

– tuangkan adunan ke dalam loyang yang dah disusun roti tadi, biar sampai roti tenggelam. Rendam sehingga 1 jam

– kemudian tabur kismis dan bakar sehingga masak.

Sos kastard

– 1 tin susu cair

– 2 sudu tepung kastard

– gula 2 sudu or ikut kemanisan sendiri

– 1 cawan susu full cream
Cara- cara:-

– satukan semua bahan, kacau rata dulu supaya tepung kastard tak berketul2

– panaskan atas api sederhana. Sentiasa dikacau sampai sos kastard agak pekat

– dah sejuk boleh terus hidang dgn puding roti tadi…
Kredit: Jom Belajar Buat Puding