Assalamualaikum wbt, hai semua. Setahun tinggal tak update laman ni. Last post berkenaan perlantikan JKM Kolej KDSE.
Harini rasa nak update semula. Itu lah post terakhir berkaitan kehidupan sebagai Felo UTM. Haha.
2023 tahun yang sangat sibuk untuk saya.. Sibuk pindah rumah, tengah busy macam macam kerja eh mengandung pula. Lepas tu tiba-tiba dapat biasiswa sambung Phd. Alhamdulillah.. rezeki baby. Sibuk yang macam macam sibuk, memang tak sempat nak update laman ni. Tapi kat fb sempat update haha
Banyak sangat kenangan sebagai felo KDSE. 7 tahun berkhidmat. Sedih juga rasa nak meninggalkan posisi tu. Namun komitmen peribadi lebih memerlukan perhatian & memang saya tak terbawa tanggungjawab sebagai felo bila nak masuk anak 3 dah.
Kehidupan sejak dah tak jadi felo ni lebih tenang. Masa untuk anak-anak lebih banyak dan tak penat sangat. InsyaAllah ada rezeki, masih ada ruang dan peluang lain untuk saya beraktiviti bersama student..
Moga IPF terus maju jaya!